
Jenama mi segera Indomie boleh dikatakan antara jenama yang paling popular, terutama sekali di rantau ini.
Namun tahukah anda bahawa produk asal Indonesia ini begitu popular di penjara Australia sehinggakan Nine News Melbourne melaporkan bahawa pemerintah di Victoria membelanjakan lebih AUD$500,000 (RM 1.4 Juta) untuk bekalan Indomie selama lebih dua tahun.
Menurut laman sesawang VICE, mee segera Indomie merupakan makanan ringan yang mempunyai permintaan tinggi daripada kalangan banduan malah mereka juga telah meminta supaya ia dijual di dalam penjara. Menurut warden penjara, bagi yang banduan yang mengalami ketagihan mee segera dari Indonesia mereka haruslah bekerja, dan hasil pendapatan itu boleh digunakan untuk membeli mee segera semasa tinggal disana.
Nampaknya ini boleh menjadikan salah satu perkara yang boleh menjadi kebanggaan rakyat Indonesia, kerana makanan harian mereka iaitu Indomie telah menjadi hidangan utama di penjara Australia.
Sumber : VICE