Jepun Hasilkan Mee Segera Berperisa Snek Kentang Pringles

Semua orang pasti pernah makan mee segera, kan? Selain murah, ia juga boleh tahan lama, mudah disediakan dan dalam pelbagai perisa. Jadi kami ada berita baik untuk kesemua peminat mee segera, jenama snek kentang popular Pringles menghasilkan menu mee segera baru.

Jenama ini akan bekerjasama dengan AceCook Supercup dari Jepun untuk menghasilkan mee segera bersempena ulang tahun ke-30 tahun mereka. Antara perisa mereka bakal dihasilkan ialah ‘Sour Cream & Onion’, ‘Jalapeno & Onion’, ‘Squid Yakisoba’ dan ‘Soy Chicken Ramen’.

Untuk perisa ‘Sour Cream & Onion’ dan ‘Jalepeno & Onion telah mula dijual selama beberapa hari di Jepun. Kedua-dua perasa ini mempunyai rasa yang sama dengan snek ubi kentang yang pernah anda beli di kedai. Manakala perisa ‘Squid Yakisoba’ dan ‘Soy Chicken Ramen’ akan di jual pada 23 Oktober ini.

Buat masa sekarang, produk ini hanya dikeluarkan di Jepun sahaja. Kepada yang merancang ingin ke sana, anda boleh mempertimbangkan untuk merasa mee segera yang berperisa unik ini.

Sumber: StraitsTimes