Cantik Lokasi ‘Perkahwinan’ Zulin Aziz

Tabah bagi seorang pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz kerana hari bahagia yang dinantikannya musnah. Dalam satu kenyataan, lagu yang sepatutnya dinyanyikan pada majlis nikahnya yang berjudul “Dan Ketika Itu” telah dijadikan sebagai muzik video dan kini telah menjadi trending nombor 1 di Youtube.

Muzik video yang dihasilkan memaparkan suasana yang sepatutnya menjadi mahligai indah bagi selebriti itu. Menerusi laman Instagramnya, Zulin berkongsi lokasi penggambaraan itu dibuat di Sangkot Tree yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

https://www.instagram.com/p/BpmxhMTlR1O/?utm_source=ig_web_copy_link

Jika anda merancang untuk merasakan suasana tradisional tetapi dengan sentuhan moden, Sangkot merupakan lokasi pilihan terbaik untuk majlis keramaian. Apa tidaknya, tempat pernikahan berkonsepkan taman pasti akan membuat hati anda tersangkut!

Sangkot mempunyai dua lokasi yang bertemakan taman iaitu:

1. Sangkot Garden, Batu 15 Jalan Hulu Langat, Dusun Tua – Berkonsepkan senibina tradisional seperti suasana kampung yang dikelilingi dusun buah-buahan.

2. Sangkot Tree, Batu 16 Jalan Hulu Langat, Dusun Tua, Paya Seberang – Berkonsepkan senibina moden dengan berlandskapkan taman hijau.

sangkot place
Sumber: VMO Rocks

Sangkot juga menawarkan vila peribadi moden iaitu Sangkot Villa yang mempunyai suasana kampung, dikelilingi pokok-pokok yang merimbun dan udara segar yang jauh dari hiruk-pikuk di kota. Pastinya lokasi majlis keramaian terutama majlis perkahwinan di sini menjadi memori indah yang mempesonakan.

sangkot 02
Sumber: Sangkot Place
sangkotplace-ig2
Sumber: Sangkot Place

Sudah ada angan-angan adakan majlis disini? Boleh layari untuk melihat pakej yang sediakan di:

FB: Sangkot Garden Wedding Place
Instagram: Sangkot Place