
Jalan raya terkenal di Osaka, Midosuji bertukar menjadi laluan yang penuh dengan cahaya kilauan lampu berbagai warna bermula 4 November sehingga 31 Disember 2018. Sebanyak 1.3 juta lampu LED digunakan bagi menghasilkan panorama yang ini bagi meraikan tahun 2019 yang akan tiba sekitar sebulan lebih sahaja lagi.

Jalan sepanjang 4 kilometer ini terletak di antara Stesen JR Osaka dan Stesen Nanba akan bergemerlapan dengan cahaya lampu bermula jam 5.20 petang sehinggalah 11.00 malam. Kumpulan duo muzikal Jepun popular, Kobukuro turut mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi pesta ini. Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan lampu bergerak di bahagian antara persimpangan jalan Yodoyabashi dan Shinbashi di Chuo Ward, Osaka.

Buat anda yang ingin bercuti ke Osaka sebelum berakhirnya tahun 2018, jangan lepaskan peluang melewati jalan ini untuk bergambar kenang-kenangan. Dengan latar belakang warna warni lampu LED, ianya pasti menjadi kenangan percutian yang indah buat anda!
Sumber: The Asahi Shimbun