9 Destinasi Santai Pantai Malawi

Malawi merupakan sebuah kawasan yang berada di tenggara Afrika terkenal dengan kehijauan alam sekitarnya. Diliputi 94,080 kilometer persegi tanah dan 24,404 kilometer persegi air menjadikan Malawi sebagai negara ke-100 terbesar dengan keluasan 118,484 persegi.

Sekiranya anda ingin bercuti ke negara ini, terdapat 9 buah pantai yang menarik untuk anda kunjungi:

1. Pantai Chintheche

Pantai yang terletak di wilayah utara Malawi sama seperti pulau yang terdapat di Caribbean; pasir yang putih dan tumbuhan tropika pasti akan membuatkan anda terpukau!

Malawi Beach
Sumber: exp.cdn

2. Pantai Chikale

Pantai ini merupakan tempat yang popular untuk aktiviti berenang dan berjemur, terutamanya pada hujung minggu. Kebiasaannya rakyat tempatan akan menuju ke sini selepas pulang daripada gereja pada hari Ahad.

Malawi Beach
Sumber: Around Guides

3. Pantai Chembe/ Pulau Cape Maclear

Pantai ini merupakan pertempatan perkampungan nelayan. Saiznya yang kecil memudahkan anda untuk bersiar-siar di sekitar kawasan pantai dengan hanya berjalan kaki. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di pantai ini ialah berkayak gaya Afrika, mendaki gunung dan menikmati suasana matahari terbenam dengan menaiki cruise.

Malawi Beach

4. Pantai Kaya Mawa

Pantai yang agak terpencil ini terletak di Pulau Likoma. Pulau Kaya Mawa membawa maksud ‘Mungkin Esok’ ini sangat sesuai untuk anda yang meminati sukan air, kerana di sini terdapat pelbagai jenis sukan air yang unik.

Malawi Beach

5. Pantai Pumulani

Bagi anda yang sukakan privasi, anda bolehlah berkunjung ke Pantai Pumulani. Kedudukan vila yang terletak di antara batu dan pokok-pokok selain daripada dibina tinggi daripada paras tanah, membolehkan anda menikmati pemandangan dari dalam bilik tidur tanpa risau!

Malawi Beach

6. Pantai Pulau Mumbo

Jika anda mahukan suasana yang sunyi, Pantai Pulau Mumbo akan menyajikan kepuasan optimum kepada anda. Terapung di Taman Tasik Negara Malawi, pulau ini terkenal dengan aktiviti menyelam kerana perairannya yang bersih dan tenang.

Malawi Beach

7. Pantai Nankoma

Terletak di Pulai Marelli, pantai ini sudah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sini, anda boleh melihat spesis ikan jarang dijumpai iaitu Cichlid yang berwarna-warni selain daripada spesis burung yang pelbagai.

Malawi Beach

Malawi Beach
Sumber: sheknows

8. Pantai Nkopola

Pantai ini merupakan destinasi yang sesuai sekiranya anda gemar berkhemah dan melancong yang tidak bermalam (balik hari). Pantai ini memberikan kebebasan untuk tidur di mana-mana sahaja!

Malawi Beach

9. Pantai Club Mak

Ini bukan pantai yang ada kelab mak ya, jangan salah faham. Naman pantai ini diambil daripada nama Pulau Makokola. Vila-vila yang luas terletak di sepanjang pantai dikelilingi kebun hijau menjadikan suasana nyaman, sesuai buat anda yang datang ke sini untuk bersantai.

Malawi Beach

Sememangnya Malawi adalah destinasi yang perlu anda kunjungi sekiranya anda mahukan percutian santai yang melibatkan aktiviti sukan air. Selain dari bersantai dan bersukan, anda boleh juga berjalan menikmati keindahan alam semula jadi yang masih tidak terjejas. Selamat bercuti!

Sumber: Berry Bee