Formula Untuk Aiskrim Lambat Cair Ditemui

Saintis Jepun, Tomihisa Ota telah menemukan satu cara untuk menjadikan aiskrim tidak cair selama beberapa jam. Perkara ini ditemukan secara tidak sengaja kerana berlakunya gempa bumi yang telah merosakkan ladang strawberi di Wilayah Miyagi, Jepun dan menyebabkan banyak buah strawberi tidak dapat dijual.

Pusat Penyelidikan cuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan melantik seorang chef pastri untuk melihat perkara yang boleh dilakukan dengan polifenol, bahan kimia organik yang diperah daripada buah beri. Apabila chef tersebut mencampurkan krim tenusu pada polifenol strawberi, beliau mendapati bahawa bahan tersebut menjadi keras dengan serta merta.

https://twitter.com/tenjin_core/status/941851357417390080

Pada awal situasi tersebut, beliau khuatir ada masalah dalam buah-buahan tersebut. Namun kemudiannya Tomihisa memberitahu bahawa polifenol yang ditambah dalam krim tenusu itu merupakan bahan unik yang sesuai untuk menjadikan aiskrim tahan lebih lama kerana kesukaran untuk memisahkan air dan minyak dalam makanan tersebut.

Walaupun diletakkan di bawah pengering tangan, aiskrim yang boleh didapati di Kanazawa, Osaka dan Tokyo ini masih mengekalkan bentuk dan suhunya! Rahsianya cuma buah strawberi! Menarik bukan?

Sumber: Gastro Obscura