Pakayak, Berita Baik Buat Pengembara Sukan Air

Buat mereka yang mencintai dan meminati sukan kayak, satu inovasi telah dilakukan dalam industri sukan kayak. Saiz kayak yang dahulunya menyebabkan kesukaran untuk penggemar sukan air ini untuk melakukan aktiviti semasa bercuti, kini menjadi lebih mudah!

Dengan inovasi yang dilakukan oleh sebuah syarikat dan dipromosikan menerusi ruangan Kickstarternya, para penggemar sukan ini sudah boleh bercuti dengan saiz kayak yang lebih senang dibawa kemana sahaja destinasi pilihan anda. Pakayak direka dengan beberapa bahagian yang boleh disambung menjadikan saiznya seperti kayak biasa berukuran 14 kaki dan disimpan dalam beg rolling. Masa yang diambil untuk memasang pakayak pula hanya sekitar 5 minit sahaja!

Jika mahu mendapatkan pakayak ini, anda boleh memesan secara pre-order dengan harga $1,795 di ruangan laman web rasmi syarikat ini. Buat penggemar sukan kayak, kini anda boleh melancong dengan membawa peralatan anda sendiri! Lebih puas hati, bukan?

Sumber: Travel + Leisure