
Lawatan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee ke Jepun mengiringi Perdana Menteri telah menimbulkan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan sarapan percuma buat murid daripada keluarga B40 pada masa akan datang. Lawatan selama tiga hari ini merupakan lawatan kerja untuk mengetahui kaedah pembelajaran negara matahari terbit itu sehingga berjaya melahirkan generasi yang berkarakter baik.

Cadangan ini telah menyebabkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib bersuara bahawa skim ini sama seperti RMT yang dilaksanakan kerajaan terdahulu. Perlu dikenal pasti beza antara kedua ini ialah waktu penyediaannya. RMT diberikan kepada pelajar semasa waktu rehat manakala sarapan percuma ini diedarkan sebelum bermulanya sesi pembelajaran.
Berikut merupakan antara komen yang yang dapat dilihat di laman sosial Facebook dan Twitter berikutan daripada skim sarapan percuma ini:
https://www.facebook.com/ramabarathi/posts/2343104852398170
https://www.facebook.com/budiyantounggun/posts/10204720507569374
Who said PH is going to stop this? Maszlee said they are looking to give free nutritional breakfast to B40 kids.
Also, ridiculous to say 'RM2.50 is better than nothing' especially when malnutrition is problem amongst B40 kids. https://t.co/gCxN6eMFeH
— Syahredzan Johan (@syahredzan) November 7, 2018
Saya teruja dan berdebar dalam masa yang sama. Sebabnya? Kementerian Pendidikan mahu adakan skim sarapan percuma berkhasiat (SSPB) untuk anak-anak daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah… https://t.co/FZ3szuNp54
— DrRizal Abu Bakar (@DrRizalAbuBakar) November 7, 2018
Kami di MakanLena melihat skim ini sebagai satu inisiatif yang baik buat murid yang datang daripada golongan B40. Semoga dengan bantuan ini, diharapkan mereka dapat menjalani sesi pembelajaran dengan lebih bersemangat dan mencapai keputusan yang cemerlang.
Sumber: Sinar Online