Minum Air Rebusan Tuala Wanita?

Remaja sememangnya memiliki rasa ingin tahu yang tinggi. Golongan remaja merupakan kelompok berisiko tinggi terjebak dalam kancah tidak bermoral berikutan sifat ingin tahu yang kuat dan tidak dikawal.

air rebusan tuala wanita
Sumber: Cari Gold

Biasanya kita mendengar kes-kes seperti hisap ganja, minum arak dan hidu gam dalam kalangan remaja. Tetapi, kes kali ini amat pelik kerana golongan remaja ini minum air rebusan dari tuala wanita!

Kenapa tuala wanita?

Kes ketagih air rebusan tuala wanita ini semakin menular di negara jiran kita, Indonesia. Gejala ini dikatakan menjadi trend dalam kalangan remaja di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang.

Mengikut kenyataan portal di Indonesia, kemunculan idea membuat air rebusan tuala wanita itu berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja. Hasil penemuan kesan air itulah yang membuatkan gejala ini merebak kepada remaja lain.

Gejala pelik ini juga dikhabarkan alternatif lain yang dapat membuatkan golongan ini berasa khayal, tenang dan gembira. Mungkin mengambil ganja kosnya mahal, jadi membuat air rebusan tuala wanita merupakan alternatif “murah” untuk keinginan high.

air rebusan tuala wanita
Sumber: Cari Gold

Namun, ia amat membimbangkan kerana berdasarkan hasil penyelidikan oleh penyelidik di Insitut Teknologi Bandung, didapati air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan pada mata dan butiran polimer penyerap cecair yang boleh mendatangkan bahaya kepada badan.

Aduhai, janganlah gejala pelik ini merebak di Malaysia. Bukan setakat berbahaya, malah tidak mendapat apa-apa manfaat pun.

Sumber: Malaysia Kini