
Kerajaan bersedia untuk menjadikan 4 ibu kota Malaysia sebagai Smart City yang bukan hanya akan berfokuskan kepada aspek fizikal semata, tetapi juga pembangunan rakyat itu sendiri. Ibu kota yang terlibat dalam perancangan ini ialah Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru dan Kota Kinabalu yang sering menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara.
Putrajaya looking to transform 4 capitals into smart cities, namely Kuala Lumpur, Kuching, Johor Baru and Kota Kinabalu pic.twitter.com/aZybmWet59
— BFM News (@NewsBFM) November 9, 2018
Smart City merupakan kawasan bandar yang menggunakan pelbagai sensor pengumpulan data elektronik pelbagai bagi membekalkan maklumat untuk menguruskan aset dan sumber daya dengan cekap. Data tersebut termasuklah yang dikumpulkan daripada rakyat, peranti, loji kuasa dan sebagainya.
Kerajaan berhasrat untuk menghidupkan Smart City dengan mengadakan pelbagai aktiviti namun perkara tersebut dilihat sedikit mencabar. Kerajaan perlu tahu makna ‘cuti rehat’ rakyat di ibu kota kerana majoriti daripada mereka adalah yang bekerja dan hanya mempunyai masa untuk berehat pada hujung minggu sahaja. Selain itu, aduan rakyat di bandar mengenai aspek kekurangan ruang awam dan perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang baik akan menjadi petunjuk untuk mereka mengatur aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan rakyat.
Selari dengan hasrat kerajaan yang menjangkakan keempat-empat ibu kota ini mampu menuju ke arah yang lebih baik, MakanLena turut mengharapkan agar penduduk ibu kota turut sama menjadi lebih ‘smart‘. Jangan pula nanti ibu kota sudah pintar, namun mentaliti rakyat masih lagi berada di takuk yang sama.