
Tarikh 11.11 menyaksikan hari membeli-belah dalam talian secara besar-besaran untuk setiap tahun. Syarikat pusat membeli-belah dalam talian seperti Lazada, Shopee dan 11street menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pembeli tegar dalam talian.

Melalui jualan besar-besaran itu, syarikat swasta e-dagang Lazada berkongsi dalam laman Twitter mereka, menyaksikan sebanyak 2.7 Tan Milo berjaya terjual dalam masa 2 jam pertama!
How many milo dinosaur would you make with 2.7 TONNE of milo? 😮
Looks like a lot of people will become sihat dan kuat with all the milo that we sold in the FIRST 2 hours of Lazada 11.11 shopping festival!Buy THE BIGGEST ONE DAY SALE is happening now!#MyLazada1111 pic.twitter.com/rQ3BA7gfUq
— LazadaMY (@LazadaMY) November 11, 2018
Berdasarkan tweet yang dikongsikan, ia menunjukkan rakyat Malaysia menjadikan minuman susu bercoklat itu sebagai minuman harian. Siapa yang tidak suka minum Milo? Minuman yang diperkenal semasa kecil hingga dewasa sememangnya menjadi pilihan kesukaan rakyat Malaysia.
Promosi yang berlangsung pada 11.11 itu, Lazada menawarkan promosi Milo pada harga RM0.99 untuk 2000 gram dengan tawaran kod diskaun untuk pembelian melebihi RM150 atau RM300.
Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membeli-belah pada tarik 11.11, jangan lepaskan peluang pada 12.12 di Lazada untuk jualan besar-besaran ini lagi.