30 Juta Pelancong Ke Selangor Menjelang 2020

Kerajaan Selangor menyasarkan untuk membawa masuk sekitar 30 juta pelancong asing ke negeri ini menjelang tahun 2020; pertambahan sebanyak 20 juta orang jika dibandingkan dengan tahun 2018. Sasaran ini dibuat dengan melihat kepada kepentingan industri pelancongan negara yang mampu menyumbang kira-kira RM100 bilion kepada ekonomi negara.

BACA: Cantik Lokasi ‘Perkahwinan’ Zulin Aziz

Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Rashid Asari turut menyatakan bahawa kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Malaysia merupakan aset yang tidak ternilai kepada negara, selari dengan hasrat jenama ‘Malaysia Truly Asia‘. Hab kesihatan dan kepelbagaian budaya di Malaysia menjadi salah satu aspek yang ingin beliau tonjolkan bagi menarik perhatian pelancong dari luar.

Selangor Tarik Pelancong
Sumber: iMoney

Salah satu usaha oleh kerajaan negeri mempromosikan Selangor ialah dengan mengadakan Bengkel Fotografi melalui gambar-gambar yang disiarkan. Antara tempat yang sering menjadi kunjungan pada pelancong apabila melawat ke Selangor ialah Taman Kelip-kelip dan Selangor Fruits Valley.

Di Taman Kelip-kelip, para pengunjung boleh melihat pertunjukan lampu daripada berjuta kelip-kelip sejam selepas matahari terbenam yang berlangsung kira-kira dua hingga tiga jam. Para pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Selangor dengan menaiki bot untuk menyaksikan serangga ini dari jarak dekat.

Selangor Tarik Pelancong
Sumber: MDKS
Selangor Tarik Pelancong
Sumber: MDKS

Manakala di Selangor Fruit Valley yang berkeluasan 646 hektar ini, terdapat pelbagai jenis tanaman buah-buahan tropika dipamerkan, antaranya rambutan, ciku dan durian. Dibina dengan tujuan memodenkan sektor pertanian untuk menjana industri pertanian dan asas tani negeri, terdapat juga produk lain yang dipamerkan di sini seperti ternakan madu kelulut, taman herba, mini zoo dan makmal tisu kultur.

Selangor Tarik Pelancong
Sumber: Kaki Sini
Selangor Tarik Pelancong
Sumber: Crazy ABout Dinosaurs

Masa untuk menuju tahun 2020 hanya ada sekitar setahun sahaja lagi dan kerajaan dilihat semakin kuat menggiatkan usaha dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir semasa Rancangan Malaysia Keenam. Usaha anda dalam menuju 2020 bagaimana pula? Bersediakah kita?

Sumber: Sinar Online