7 Tips Makan Seorang Diri Di Tempat Awam

Pernah tak anda terpaksa pergi breakfast, lunch atau dinner seorang diri? Atau anda memang biasa makan berteman, sekurang-kurangnya dengan seorang kawan?

Bila umur semakin meningkat dan cabaran kerja semakin hebat, adakalanya anda memang kena makan seorang diri. Kalau di rumah sendiri tak mengapalah, tapi bagaimana jika di tempat awam? Jika ianya kali pertama, rasa segan, loser, forever alone mungkin menghantui diri anda, bukan?

Jangan risau, kami senaraikan 7 tips untuk anda survive makan seorang diri di tempat awam seperti berikut:

1) Pilih restoran atau kafe yang sunyi sikit

Boleh mulakan mencari restoran atau kafe yang jenis cosy, mempunyai susunan meja yang agak jauh dan tak ramai orang. Barulah tak rasa macam loser sangat, tak ramai orang dan kita boleh fokus pada diri sendiri saja. Kuranglah sedikit prospek ‘makcik dan pakcik bawang’ yang dirasakan akan judge kita, betul?

cosy
Kredit: Time Out

2) Pergi semasa off-peak hours

Kalau boleh, elakkan pergi pada masa peak hours contohnya pada pukul 1.00 – 2.00 petang (lunch) atau pukul 7.00 – 8.00 malam (dinner). Nanti bila dah biasa dan dah sampai level ‘tebal muka’, tak ada masalah pun kalau nak makan seorang diri pada masa peak hours, OK.

peak hours
Kredit: Global Services Office, City University of Hong Kong

3) Pilih tempat duduk yang tersorok atau khas

Tak kira di restoran atau kafe yang sunyi atau bising, cuba cari tempat yang tersorok sikit. Boleh cuba bertanya pada staf di situ, samada mereka ada tempat duduk yang khas untuk pelanggan yang datang seorang diri.

Kalau kita pergi masa peak hours, usahlah meletak harapan tinggi untuk mendapat tempat duduk yang tersorok, OK. Redha sajalah duduk di mana-mana pun, janji kita dapat makan.

XU_CarolSachs_Upstairs_Interior_4.0
Kredit: Eater London

4) Berbual-bual dengan staf

Boleh juga cuba nasib untuk berbual-bual dengan staf di restoran atau kafe tersebut. Untuk mengelakkan staf itu nampak macam ‘mengular’, bercakaplah tentang menu yang hot selling atau recommended, sejarah restoran dan pemiliknya, suasana bekerja atau mungkin akaun laman sosial yang dimiliki restoran tersebut.

young-asian-man-sitting-at-table-looking-through-menu-and-making-order-at-cafe-waiter-using-digital-tablet-to-take-order-and-advising-on-dishes-slow-motion-medium-shot-on-sony-nex-700_svttchvu__F0007
Kredit: VideoBlocks

5) Baca buku atau layari internet

Bukan semua staf di restoran atau kafe boleh melayan kita. Apa kata anda stand by saja sebuah buku atau majalah untuk dibaca sambil menunggu makanan sampai.

Paling tidak pun, beleklah telefon pintar anda itu. Baca artikel atau bermain game. Yang ada bisnes online, mungkin boleh mengggunakan masa ini untuk buat engagement post dengan prospek pembeli.

coffee-quotes
Kredit: Coffee Confidential

6) Pesan makanan yang ringkas

Awal-awal mencuba makan seorang diri, kita mungkin takut orang judge kita makan banyak, makan terlalu lama dan sebagainya. Cuba pesan makanan yang ringkas dan kering, bukan yang berkuah atau jenis mee atau spageti.

Segan juga kalau orang nampak kita dalam keadaan yang comot selepas menghirup kuah sup atau sos, betul tak? Imej kita perlu juga dijaga walaupun kita seorang diri, kan?

easy-grilled-teriyaki-chicken-kebobs-best-simple-healthy-bbq-food-recipe-idea
Kredit: HoliCoffee

7) Fikirkan diri sendiri saja

Kita fikir orang akan bercakap tentang kita yang sedang makan seorang diri. Hakikatnya, mereka semua sibuk dengan dunia mereka sendiri.

Samada mereka ‘membawang’ tentang kita atau tidak, bukan urusan kita, betul? Orang kata, buat relax buat cool saja. Tak makan, kita yang lapar. Betul tak?

cool
Kredit: Tidal

Harapnya tips-tips di atas akan buat anda rasa lebih yakin selepas ini dan tidak terlalu memikirkan apa yang orang akan cakap. Selamat mencuba!