Desaru Coast Adventure Waterpark Akan Dibuka Sepenuhnya, Bakal Jadi Tumpuan Seisi Keluarga

Cuti sekolah dah nak dekat, dah rancang tempat nak bawa keluarga bercuti? Kalau belum, masih sempat untuk anda pertimbangkan Desaru Coast Adventure Waterpark, Johor yang dijadualkan akan dibuka sepenuhnya pada 15 November 2018.

Apa yang menarik di sana?

Terdapat 5 taman tema atau Zon iaitu Penawar Falls (Zon 1), Penawar River (Zon 2), Shipwreck Reef (Zon 3), Tidal Wave (Zon 4) dan Kids Ahoy (Zon 5).

water-park-map-new
Peta Desaru Coast Adventure Waterpark

1) Penawar Falls (Zon 1)

Di Penawar Falls, ada 3 air terjun buatan menanti anda,  sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Had ketinggian minimum di sini: Tiada

penawar falls
Kredit: Blog Spill and Throw

Selain itu, di sini juga ada Swinging Ship. Ala, ianya sejenis kapal yang berayun, taklah menakutkan sangat (agaknya).

Had ketinggian minimum di sini: 110 sentimeter

13-swinging-ship
Swinging Ship

2) Penawar River (Zon 2)

Penawar River pula merupakan sungai buatan sepanjang 350 meter. Di sepanjang sungai buatan ini terdapat 4 water slides iaitu Wild Whirl, Super Twister, Riptide dan The Tempest.

7-wild-whirl
Wild Whirl

Had ketinggian minimum di sini: Kanak-kanak di bawah ketinggian 122 sentimeter wajib ditemani oleh orang dewasa.

 

Di sini juga ada Penawar River Huts, yang boleh disewa untuk anda melepak dengan keluarga.

11-penawar-river-huts
Penawar River Huts

3) Shipwreck Reef (Zon 3)

Hanya ada Kraken’s Revenge di sini, iaitu kombinasi roller coaster dan water slides. Katanya ‘bot’ yang dinaiki boleh naik tinggi di udara mencecah 30 meter, kemudian berpusing 360 darjah sebelum meluncur laju, turun sejauh 27 meter pula ke dalam air.

Lupa nak tambah, katanya semua ini dalam kelajuan mencecah 70 kilometer/jam.

Beranikah anda mencubanya? Tapi kenapa gambar di bawah macam tenang saja? Cuba dulu baru tahu OK!

Had ketinggian minimum di sini: 110 sentimeter

36787093_259846074791163_2552755946006773760_n
Kredit: Instagram (maza_rules)

4) Tidal Wave (Zon 4)

Tahu tak, Tidal Wave ini adalah antara pantai buatan yang terbesar di dunia? Pantai buatan ini luasnya hampir 3 ekar dan mampu menampung lebih 4 juta gelen air.  Kami yakin anda sekeluarga akan seronok bermain ombak di sini.

Had ketinggian minimum di sini: Kanak-kanak di bawah ketinggian 122 sentimeter wajib ditemani oleh orang dewasa.

wave
Kredit: Blog Spill and Throw

Anda juga boleh lepak di Beachside Cabanas di sini atau sekadar jalan-jalan di trek tepi pantai buatan sepanjang 170 meter.

Had ketinggian minimum di sini: Tiada

5-beachside-cabanas
Beachside Cabanas

5) Kids Ahoy (Zon 5)

Kids Ahoy memang akan menjadi favorite anak-anak anda. Tapi jangan risau, orang dewasa juga boleh bermain di Kids Ahoy, OK.

Ada 13 buah water slides di sini, tau. Bolehlah anak-anak anda main sepanjang hari di sini.

Had ketinggian minimum di sini: Kanak-kanak di bawah ketinggian 122 sentimeter wajib ditemani oleh orang dewasa.

10b46af01e188d3ce828dc3f9c5646da
Kredit: Skyscraper City

Oh ya, di sini juga ada Surf Wall. Boleh belajar surfing di sini, tak kira kanak-kanak atau dewasa.

Had ketinggian minimum di sini: 107 sentimeter.

Surf Wall
Kredit: Blog Spill and Throw

Bagaimana nak ke sana?

Anda cuma perlu memandu 4 jam melalui Lebuhraya Utara Selatan untuk ke sini. Kalau anda naik flight pula, cuma 1 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan 1 jam lagi untuk sampai ke Desaru Coast Adventure Waterpark.

Di mana nak beli tiket?

Boleh beli tiket secara online di sini. Untuk warga Johor, anda boleh membeli Annual Pass yang valid untuk 12 bulan.

Ada FB atau Instagram untuk rujukan atau review?

FB: Desaru Coast Adventure Waterpark
Instagram: desarucoastadventurewaterpark

Kredit: Desaru Coast