Diskaun Sunway BRT 20% Bermula 1 Disember

Pengurangan sehingga 20% untuk tambang laluan transit Bas Rapid Sunway akan dikuatkuasa bermula 1 Disember 2018. Dengan menyasarkan peningkatan sehingga 22% penumpang, kadar diskaun ini boleh dinikmati oleh semua penumpang; sama ada secara tunai atau Touch ‘n Go.

Menteri Pengangkutan berkata, pengurangan ini dibuat disebabkan oleh penumpang memberi maklum balas mengenai harga tiket yang terlalu mahal untuk perhentian yang jauh. Laluan Sunway berjaya mencatatkan rekod penumpang yang melebihi 11,000 sehari dan 250,000 untuk sebulan.

Sunway BRT 20%
Sumber: SPAD

Namun, pihak Prasarana dan Bas Rapid memberitahu kadar tambang diambil kira daripada kos operasi terutamanya dalam memenuhi keperluan teknologi hijau yang setaraf dengan negara maju.

Dengan pengurangan kadar tambang ini, pasti lebih ramai rakyat Malaysia yang akan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan. Selain daripada untuk menjaga kehijauan alam sekitar dan mengurangkan kadar pencemaran udara, kesesakan jalan raya juga dapatlah dikurangkan. Bukan begitu?

Sumber: Malaysia Kini