
Pemandangan indah Pantai Penarik dijadikan hiasan pada badan Teksi London sebagai salah satu usaha kempen bergerak mempromosi produk pelancongan negeri Terengganu di sana. Teksi London iaitu Black Cab antara pengangkutan awam utama para pelancong dan warga Britain di bandar itu dijadikan salah satu bentuk untuk mempromosi produk pelancongan negeri Terengganu.

Promosi itu diadakan untuk Tourism Malaysia Pavilion dalam World Travel Market 2018 yang diadakan pada 5 hingga 7 November 2018. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri memuat naik gambar bersama Black Cab itu di laman Facebook milik beliau.
Pelbagai reaksi positif dan sokongan netizen terhadap kerajaan Terengganu dalam usaha memperkenalkan negeri itu di kota London. Promosi ini menjadi salah satu platform terbaik hasil usaha dan inisiatif kerajaan Terengganu yang mana akan membuka satu lembaran baharu terhadap industri pelancongan di sana.
Penyertaan negeri yang terkenal dengan pusat peranginan dalam World Travel Market itu amat bertuah kerana industri pelancongan antarabangsa, kira-kira 50,000 pemain utama industri, menteri, wakil kerajaan dan media antarabangsa seluruh dunia turut menyertainya.

Cara mempromosi produk pelancongan negeri Terengganu pada pelekat gambar badan teksi itu sebagai usaha kreatif yang diambil oleh Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat. Ia membantu Terengganu dikenali pelancong dunia sekaligus merancakkan pembangunan ekonomi negeri itu.
Tarikan yang ada di Pantai Penarik, anda akan dapat melihat beberapa pulau yang terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah dan juga Pulau Redang. Di sepanjang pantai ini juga terdapat banyak gerai makan dan tempat berkelah untuk para pengunjung.
BACA: Usain Bolt Buka Restoran Baru Di London
Sumber: Astro Awani