Adakah Anda Golongan ”Dark Tourist”?

Apabila ada masa lapang, adakah anda akan memilih tempat yang ingin dikunjungi seperti muzium penjara atau istana terbiar yang sememangnya tidak ada keseronokan di dalamnya? Jika anda meminati tempat seperti itu, ya, andalah golongan dark tourist!

Dark tourism atau pelancongan gelap bukanlah bermaksud melancong di tempat yang gelap, ia dimaksudkan sebagai berkunjung ke kawasan yang mengandungi sejarah gelap, terutama melibatkan kematian atau bencana atau kedua-duanya. Sesetengah lokasi ini tidaklah berbahaya contohnya Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda, Kedah.

dark tourism
Sumber: Flickr

Konsep dark tourism ini bukanlah sesuatu yang baru dan sejak kebelakangan ini ia menjadi perhatian media. Filem dan rancangan televisyen seperti siri Netflix’s Dark Tourist sedikit sebanyak membantu menghidupkan trend pelancongan gelap dalam kalangan pelancong.

dark tourism
Sumber: Ready Steady Cut

Ada ke orang yang suka lawat tempat pelancongan yang dianggap ngeri dan seram ini? Jika ada, adakah ia dianggap pelik atau menakutkan jika seseorang itu berminat untuk melawat ke kem tahanan Auschwitz di Poland? Atau berjalan di sekitar kawasan tanah perkuburan Pere Lachaise Cemetery?

dark tourism
Sumber: Find A Grave
dark tourism
Sumber: Travel Addicts

Pastilah tidak kerana kebanyakan tempat pelancongan seperti ini tersenarai dalam kategori yang menarik dikunjungi. Ia dilihat sebagai nilai sejarah yang penting kerana ia tidak diajar dalam subjek sejarah di sekolah.

Ia juga sama seperti melawat muzium negara untuk memperoleh pengetahuan am. Melawat ke muzium perang juga membantu pelancong memahami lebih lanjut mengenai persengketaan politik yang pernah berlaku dalam negara.

Masih tidak pasti mengenai definisi dark tourism? Secara ringkasnya, ia sebagai suatu tempat yang tidak popular untuk dikunjungi pelancong atau tempat-tempat yang boleh anda lakukan aktiviti menarik sebagai pelancong.

Satu lagi, apa-apa yang mempunyai unsur budaya atau seni bina juga tidak termasuk dalam kategori ini dan tidak semua muzium ada unsur dark tourism kecuali muzium yang memfokuskan kepada isu “gelap” seperti peperangan atau genosid.

dark tourism
Sumber: Televisionone

Dark Tourism tidaklah perlu perkara yang mengerikan atau menyedihkan. Ia boleh jadi sebagai satu bentuk pendidikan seperti melawat Galeri Tsunami di Kota Kuala Muda yang mana anda mendapat peluang untuk membantu komuniti di sana.

Jadi anda sudah memilih ke ‘dunia gelap’ untuk percutian nanti? Maka ini ialah tempat yang baik untuk mulakan pengembaraan anda.

Sumber: Star 2