
Pengumuman oleh Menteri Pengangkutan bahawa saman AES sejak 2012 hingga 31 Ogos yang bernilai RM4.03 juta telah dibatalkan disambut baik oleh rakyat Malaysia. Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan salah satu usaha daripada kerajaan terdahulu pada tahun 2012 menerusi Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mempertingkatkan lagi amalan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Pelaksanaan sistem saman AES yang mendapat bantahan rakyat ini telah mencatat lebih 63,558 kesalahan trafik dan lebih 170 juta saman selepas 8 hari dilancarkan. Setiap saman yang dikeluarkan mempunyai nilai RM300 ini akhirnya dibatalkan dan data sebelum 1 September sudah dihilangkan daripada data JPJ. Menteri Pengangkutan membuat pengumuman itu setelah mendapatkan kepastian daripada Pusat Data Bahagian Teknologi Digital, JPJ.
Pastinya pembatalan saman AES ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia. Namun, jangan pula selepas sistem saman AES ini dibatalkan, anda bebas untuk memandu secara lau tanpa mempedulikan keselamatan diri dan orang lain.
Slogan popular seperti ‘pandu cermat jiwa selamat’ dan ‘ingatlah orang yang tersayang’ perlulah sentiasa diamalkan oleh kita semua semasa pemanduan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku. Bukan begitu?
Sumber: Bernama