
Di mana ada gula, di situ ada semut. Pantang kita alpa tutup penutup balang gula, laju sahaja semut datang berkerumun. Boleh jadi juga bila penutup balang tidak ditutup dengan rapat, habis sebalang gula kena hurung semut. Apa tindakan kita bila berlaku keadaan macam ini? Takkan hendak dibuang sebalang gula? Membazir pastinya bukan tindakan yang bijak.
Kredit Foto: TEMPO.CO
Ada jalan penyelesaiannya untuk mengatasi masalah gula dan semut ini. Mari cuba dan guna 4 bahan masakan ini untuk menghalau semut. Ternyata ia sangat berkesan dan semut pun tidak berani nak datang hurung gula. Comfirm!
1. Kulit kayu manis
Ambil sebatang dua kulit kayu manis dan letakkan di dalam balang gula.
2. Cili kering
Gunakan 2-3 tangkai cili kering untuk diletakkan ke dalam balang gula.
3. Asam keping
Masukkan 2-3 asam keping ke dalam balang gula. Jangan risau, rasa gula sama sekali tidak akan berubah masam dengan kehadiran asam keping.
4. Bunga cengkih
Kredit Foto: MR TENGKU ASMADI
Letakkan 2-3 kuntum bunga cengkih ke dalam balang gula. Namun, gula akan ada sedikit berbau cengkih tetapi masih kekal dengan rasa manisnya.
Macam mana dengan perkongsian ini? Mudah bukan? Guna sahaja bahan-bahan masakan yang ada kat dapur dah dapat selesaikan masalah semut. Jika anda mempunyai petua untuk menghalau semut daripada gula, boleh kongsikan bersama kami.
“Sharing is caring”.