
Tiga juruterbang melaporkan penampakan cahaya terang yang melintas di langit Ireland dengan pantas. Insiden itu dilaporkan pada kawalan trafik udara Shannon mengenai objek yang tidak dikenali (UFO) itu.
Berdasarkan klip audio yang dimuat naik oleh LiveATC.net, juruterbang dan pengawal trafik udara sedang berbahas mengenai insiden itu. Juruterbang tersebut bertanya jika ada latihan ketenteraan yang sedang berlangsung di ruang udara pada waktu yang sama.
Laporan itu menyatakan, penampakan UFO itu datang ke arah sisi jurutebang itu lalu membelok dengan pantas ke arah utara. Ia menimbulkan tanda tanya kerana kemunculan cahaya terang dan terus lesap.
Namun, dalam beberapa minit kemudiannya, dua juruterbang lain turut melaporkan kejadian yang sama. Salah seorang juruterbang itu mengatakan objek tidak dikenali itu seperti sebuah metor yang mana beberapa objek terang lain turut berada di sepanjang lintasan yang sama.
Pihak berkuasa Irish Aviaton Authority berkata akan melakukan siasatan terhadap insiden itu. Ia berikutan laporan yang dibuat dari beberapa pesawat pada 9 November lalu mengenai aktiviti udara yang luar biasa.

Walaupun UFO biasanya dikaitkan dengan pesawat luar angkasa, istilah ini sebenarnya merujuk pada objek udara yang tidak sesuai dengan pesawat atau peluru berpandu yang berlegar di ruang udara. Definisi ini diciptakan oleh Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an.
Tetapi kebiasaannya, selain kewujudan UFO luar dari dunia manusia, ada juga UFO datang dari dunia kita sendiri iaitu pesawat-pesawat eksperimen atau protaip pesawat sulit yang tidak pernah dilihat oleh orang biasa.
Sumber: Sky News