
Sebut sahaja kerbau, pasti kita membayangkan haiwan ini seperti habitat liar; digeruni kerana bersaiz besar, tanduk tajam dam muka yang sentiasa kelihatan seperti marah. Berat haiwan yang semakin diancam kepupusan ini boleh mencecah sehingga 1,200kg!
Tidak pernah terfikir bahawa kerbau mampu menjadi teman rapat kepada manusia kerana kebiasaannya haiwan ini digunakan untuk sebagai penarik pedati (kenderaan) atau pun pembajak tanah. Kerbau merupakan haiwan yang boleh dikatakan berbahaya bagi manusia kerana boleh menyerang walaupun tidak diprovok.
Menakutkan, bukan?

Walaupun kerbau menjadi simbol negara Thailand sebagai haiwan yang membantu peladang daripada zaman dahulu lagi, kerbau tetap dipandang hina kerana kebodohan mereka dan digelar sebagai ‘Kwai’ oleh masyarakat di sana. Namun lain pula bagi seorang pemuda Thailand, Surat Paeowgate ini yang menjadikan seekor kerbau peliharaannya sebagai kawan dan sudah pun dianggap seperti keluarga sendiri!
Kerbau yang tidak di’pandang’ dalam budaya Thailand dianggap beliau sebagai seekor haiwan yang comel. Hubungan antara Surat dan kerbau kesayangannya membuktikan bahawa kasih sayang yang dikongsi antara mereka. Tunafoto yang dikongsikan Surat di laman Facebooknya sudah dikongsikan lebih 29,000 dalam masa 2 hari!
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2276896102594720&id=100008230571603
Sejak daripada tunafotonya bersama kerbau kesayangannya tular, Surat telah berjaya menamatkan latihan Program ‘Peladang Muda Bijak’ anjuran Kementerian Agrikultur di sana. Memfokuskan kepada peladang moden untuk menjadikan inovasi teknologi sebagai ‘batu loncatan’ bagi merancang, mengembang, mengurus dan mengekalkan perniagaan mereka.
Surat yang menjadi terkenal sejak kejadian tersebut kini bukan sahaja sentiasa dikunjungi oleh penduduk setempat, tetapi juga pengunjung dari luar semata untuk bergambar bersama beliau dan kerbaunya! Beliau aktif berkongsi momen bersama kerbau kesayangannya di laman Facebook dilihat sentiasa mempamerkan senyuman bahagia; kadangkala turut terlihat senyuman dari haiwan tersebut!
Kasih sayang antara Surat dan kerbaunya ini membuka mata dunia, bahawa haiwan ini juga layak disayangi dan bukannya dijadikan alat pertunjukan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak; menjadikan kerbau sebagai pertaruhan perlawanan.
Sekiranya anda ada perancanganmelancong ke Thailand, bolehlah singgah sebentar di kawasan rumah Surat untuk bergambar bersama mereka. Dan sekiranya anda ada pelihara kerbau, bolehlah cuba bertunafoto dan kongsikan bersama kami di MakanLena. Tapi hati-hati, jangan kerana ‘gila’ mahu bertunafoto seperti Surat, anda cari kerbau liar! Nanti diserang, sendiri yang sakit!
Sumber: Coconut