
Kemiskinan bukan penghalang untuk seseorang itu menunjukkan kemampuannya. Itu yang terjadi pada budak lelaki Kemboja, Thaksin yang menjadi tular di laman sosial kerana kemahiran berbahasanya.
Thaksin, 9 tahun menjadi tular setelah videonya berkomunikasi dengan seorang pelancong, Venus Gwc dikongsikan di laman sesawang Facebook. Bekerja sebagai penjual cenderamata di kuil Angkor Wat, Siem Reap, Kemboja beliau bukan sahaja fasih bahasanya sendiri iaitu Khmer tetapi juga bahasa lain seperti Inggeris, Thailand, Mandarin, Perancis, Kantonis, Jepun, Korea, Sepanyol, Jerman dan Filipina!
Dengan tutur kata lembut dan berhemah, Thaksin yang hanya berkaki ayam ini kelihatan malu-malu apabila pelancong terbabit berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai bahasa. Selepas tularnya video ini, Thaksin telah menerima bantuan daripada Presiden Palang Merah Kemboja dan Pengarah Kemboja, Khat Chhoeun dan dijemput ke China selama 3 hari.
https://www.facebook.com/letsgosomewherewhere/posts/977574975768585?__tn__=C-R
Walaupun dilihat sebagai salah satu daya penarik untuk pelancong melawat ke negara Kemboja, video ini telah menimbulkan isu buruh kanak-kanak dalam negara miskin. Sekurangnya dengan tularnya video ini, ianya memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa cakna mengenai isu kemiskinan yang memaksa anak-anak kecil ini menjadi buruh.
Seawal usia 9 tahun dan hidup dalam kemiskinan, Thaksin mahir banyak bahasa. Kita yang berada di Malaysia, yang sentiasa diulit kesenangan, mahir berapa bahasa?