Pilih Ketam Segar Dengan Tips Ini

Kurangnya pengetahuan untuk memilih ketam yang segar telah mengakibatkan kita tidak dapat menikmati rasa kemanisan dan kesedapan isi ketam. Malah isi ketam juga sikit. Bila dilihat pada harganya yang mahal, pasti timbul penyesalan sebab salah memilih ketika membeli ketam.

Jika sebelum ini, kami pernah kongsikan tips memilih ikan segar, pada artikel kali ini kami kongsikan pula tips memilih ketam yang segar.

2
Kredit Foto : UVIENHELL696

1. Warna cengkerang

DSC06997
Kredit Foto: DAPUR SITI

Jika membeli ketam bunga, pastikan cengkerang dan penyepitnya berwarna kebiruan. Warna ini jelas menandakan bahawa ketam masih lagi berada dalam keadaan yang segar.

2. Belakang Ketam

IMG_20180811_181838
Kredit Foto: OHSEMPOI

Apabila membeli ketam, perlu rajin untuk belek-belek ketam. Lihat belakang ketam terdapat bentuk segi tiga. Jika bentuk segi tiga masih melekap pada badan ketam, ia menandakan ketam masih segar.

3. Cukup sifat

ketam-bunga
Kredit Foto: RASA

Ketam yang segar dan masih baru naik laut mempunyai sifat yang cukup. Contohnya kaki, penyepit dan mata ketam masih ada dan tidak tertanggal. Lagi satu, pastikan bahawa ketam tidak berbau busuk. Jika ketam dah berbau, ketam sama sekali telah hilang kesegarannya.

Diharapkan, dengan adanya perkongsian ini dapat memilih ketan yang segar selepas ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada tips lain dalam memilih ketam segar, boleh kongsikan bersama kami.
“Sharing is caring”.