Sepanyol Haram Bahan Api Fosil Menjelang 2040

Umum mengetahui bahawa kandungan bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui ini semakin berkurangan. Pembebasan karbon dioksida daripada bahan api fosil yang terbakar telah menyebabkan kenaikan kandungan gas tersebut dalam atmosfera bumi dan menjadi punca utama berlakunya pencemaran udara.

Lebih 200 tahun sejak bahan api diperkenalkan oleh John Barber, penggunaannya masih lagi meluas sehingga ke hari ini. Kesannya terjadilah pemanasan global dan pencemaran udara yang semakin teruk. Hanya 10 tahun belakang ini, barulah muncul usaha untuk menghasilkan kenderaan yang lebih ‘mesra alam’ seperti hibrid dan elektrik.

Sepanyol Haram Bahan Fosil 2040
Sumber: autonetmagz.com

Oleh itu, Sepanyol telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan terus kenderaan yang menggunakan bahan api fosil menjelang 2040 termasuklah kereta hibrid. Kereta hibrid diharamkan kerana untuk menggerakkannya bukan sahaja memerlukan kuasa bateri atau petroleum tetapi juga enjin pembakaran dalaman bagi memacu generator untuk membekalkan elektrik.

Pengharaman dilakukan dengan menggunakan Undang-undang Perubahan Iklim dan Transisi Tenaga yang akan dibentangkan pada masa akan datang. Penubuhan stesen pengecas elektrik yang akan diperkenalkan di seluruh Sepanyol juga akan memudahkan lagi penggunaan kenderaan elektrik ini.

Sepanyol Haram Bahan Fosil 2040

Menjelang tahun 2050, Sepanyol akan membekalkan kuasa elektrik yang akan dijana dengan menggunakan sumber lestari secara sepenuhnya. Sepanyol bukanlah negara pertama yang akan melakukan evolusi ini, tetapi Norway (2025), Jerman dan India (2030), dan Singapura pula menyasarkan lebih kurang 50% kenderaan elektrik yang akan digunakan di jalan raya menjelang 2050.

Langkah ini secara tanpa sedar akan menarik lebih ramai pelancong untuk pergi ke Sepanyol semata untuk melihat pembangunan dan perubahan yang akan berlaku di sana. Dengan pengharaman ini juga sebenarnya akan menjadikan udara di Sepanyol lebih sihat dan bebas daripada pencemaran gas karbon dioksida.

Langkah Malaysia pula bagaimana?

Sumber: Amanz