Jual Kuih Tradisional Kotor

Pasti meloyakan apabila makanan yang sering dibeli premis makanan itu rupa-rupanya pembuatan makanannya tidak mengikut etika yang ditetapkan. Premis makanan tersebut yang menjual kuih tradisional diarah tutup selama 14 hari berikutan premisnya didapati terlalu kotor.

kuih tradisinal kotor
Sumber: Harian Metro

Pemeriksaan yang dilakukan dalam Operasi Premis Makanan Bersih oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mendapati kedai berkenaan antara 16 premis makanan yang diarah tutup daripada 50 premis.

Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa kesalahan yang dikesan yang melanggar Akta Makanan 1983 seperti dapur berminyak, peralatan memasak berlumut, lantai kotor dan berbau di premis itu yang terletak di Jalan Yam Tuan, Seremban.

Lagi meloyakan, persekitaran premis berkenaan didapati bersepah dengan barang tidak digunakan seperti bakul dan kotak. Premis itu juga tidak menjaga kebersihan dengan menjadikan permukaan meja yang tidak dibersihkan sebagai tempat memotong kuih.

Selain persekitaran yang tidak menghiraukan kebersihan, pekerja premis itu juga tidak menjaga kebersihan diri serta tidak mematuhi etika berpakaian ketika bekerja. Bukan sahaja tidak menjaga kebersihan, malahan mereka didapati tiada sijil latihan pengendali makanan dan tidak mengambil suntikan anti-typhoid yang wajib diambil oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

kuih tradisional kotor
Sumber: Lelaki Sihat

Sebanyak 728 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 membabitkan kompaun berjumlah RM173,350 dikeluarkan kepada pesalah sepanjang pemeriksaan yang dijalankan dari Januari hingga Oktober lalu.

Pendapat anda, premis makanan yang tidak mengamalkan kebersihan ini perlukah ditutup terus atau sekadar membayar kompaun atas kesalahan yang dilakukan?

Sumber: Harian Metro