Maria Ozawa Minta Pegawai Imigresen Dihukum

Insiden yang menimpa antara Maria Ozawa dengan pegawai imigresen Indonesia, meminta pegawai tersebut dihukum. Ia berikutan kerana bintang filem dewasa Jepun itu ditahan imigresen selama 2 jam hanya kerana diminta untuk berswafoto.

https://www.instagram.com/p/Bp3oaqghb7p/?utm_source=ig_web_copy_link

Kawan baiknya, Barbie Nouva menyatakan Ozawa datang ke Indonesia untuk meraikan parti ulang tahun kelahirannya di Bali. Pada awalnya mereka didatangi oleh dua orang yang mengaku pegawai imigresen meminta pelakon itu menunjukkan passportnya.

Ini berikutan mereka menerima laporan Maria Ozawa mahu melakukan kegiatan yang melanggar visa pelancongannya. Berdasarkan kenyataan pelakon itu, dia terpaksa tunjukkan passportnya lalu pegawai imigresen tersebut menghilangkan diri dengan passport miliknya.

Mereka terpaksa menghentikan parti ulang tahun itu dan bergegas ke pejabat imigresen. Dia disoal siasat selama 2 jam dengan diminta menandatangani beberapa dokumen.

Kemudian, mereka memulang semula passportnya dan memberitahu betapa popularnya pelakon itu di Indonesia. Setelah selesai disoal siasat, mereka meminta Maria Ozawa untuk berswafoto.

Bagi Ozawa ia sesuatu yang tidak sopan kerana beliau ditahan hanya untuk diajak bergambar. Ozawa meminta untuk berhenti mengganggu privasinya apabila dia berkunjung ke Indonesia.

Lanjutan dari insiden yang berlaku, Ozawa meminta keadilan dirinya terhadap pegawai imigresen tersebut. Dia meminta pegawai tersebut meminta maaf atau dipecat.

Namun, imigresen Indonesia telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa pemeriksaan mereka hanya mengikut prosedur yang ditetapkan. Teodorus Simarmata, jurucakap pegawai imigresen, berkata mereka tidak menerima laporan yang perlu dibuat, jadi ia dianggap tidak berlaku.

maria ozawa
Sumber: MSN

Dalam pada itu, Ozawa berasa kesal dengan insiden yang berlaku dan berharap tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Insiden ini mungkin mencalarkan imej rakyat Indonesia.

Seperti kata peribahasa, akibat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sumber: Coconuts Bali.