
Nama bukan sahaja bertindak sebagai menunjuk kepada seseorang individu atau tempat, tetapi juga sebagai identiti yang berfungsi sebagai alat pengenalan diri untuk dikenali.
Di sini, kami senaraikan 5 tempat yang mempunyai nama yang pelik di dunia.
1. Hell, Norway
Kerana namanya, Hell bukanlah destinasi yang menjadi pilihan pengunjung apabila datang ke Norway. Diambil daripada perkataan Old Norse membawa maksud ‘tidak terjual’ atau pun ‘tebing gua’ yang mana dalam bahasa Norway moden, Hell membawa makna nasib. Suhu yang boleh mencecah -25°C pada musim salji ini menempatkan populasi lebih kurang 1,558 orang dengan keluasan 1,498 kilometer per segi.
Dalam kalangan pelancong yang berbahasa Inggeris, latar belakang kawasan stesen dan salji yang memenuhi kawasan tanah adalah paling terkenal untuk dijadikan sebagai poskad dengan lawak visual ‘neraka beku’. ‘Pindahlah dari tempat anda dan segera ke neraka’ merupakan bahan jenaka yang sering diucapkan oleh penduduk tempatan yang tinggal di Hell.

2. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch, Wales
Susahnya mahu menyebut nama sebuah kampung di Welsh, Wales ini! Mempunyai keseluruhan 58 huruf, kampung ini berjaya meraih kedudukan sebagai nama kawasan kedua terpanjang yang tercatat di The Guinness Book of Records!
Pada asalnya kampung ini dikenali sebagai Llanfair Pwllgwyngyll dan kadang kala masih disebut sebagai Llanfairpwllgwyngyll yang kemudiannya dipanjangkan pada abad ke-19. Dengan tujuan membangunkan kawasan tersebut sebagai pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pelancong, nama tersebut secara ringkasnya membawa maksud ‘gereja dari Llanfair di Hollow berhampiran bandar berdekatan dengan gua merah’.
Anda boleh mempelajari untuk menyebut nama bandar ini dengan melihat paparan video di bawah:

Ini bukan tempat yang didiami oleh adiwira yang menjaga Bandar Gotham; berpakaian seperti seekor kelawar, melawan kejahatan dan menentang penjenayah. Bandar Batman ini cuma bandar biasa yang terletak di satu kawasan tinggi wilayah selatan Anatolia, Turkey berada kira-kira 1,772 kaki dari aras paras laut, berhampiran pengantara Sungai Batman dan Tigris.
Kaya dengan sumber minyak, bandar Batman ini juga turut menghasilkan makanan yang diproses, bahan kimia, perabot dan kelengkapan pengangkutan. Selain itu, di Batman ini juga terdapat kawasan lapangan terbang tempatan dan pangkalan udara yang digunakan sebagai transit pesawat serta helikopter dalam operasi mencari dan menyelamat di Perang Teluk (Gulf War).

Nama ini tidak bersesuaian dengan keindahan tempat yang di dalamnya terdapat tapak warisan dunia diiktiraf UNESCO. Turut dikenali sebagai Useless Harbor, kawasan ini merupakan bandar yang terletaknya syarikat tertutup yang didiami oleh 70 orang pekerja dan keluarga mereka yang menjalankan Solar Salt Operation Shark Bay.
Syarikat ini telah mengeksport kira-kira 1.4 juta tan garam dalam masa setahun telah memulakan operasi sejak tahun 1962 lagi. Pernah menerima Banksia Gold Award pada tahun 1989, Useless Loop ini kurang dikenali berbanding kawasan pelancongan Monkey Mia yang berada di kawasan seberang pantai.

Jika dialih kan ke Bahasa Melayu, Moron membawa makna yang tidak baik iaitu dungu. Namun, perkataan ini telah dijadikan nama sebuah bandar di kawasan Argentina yang terletak di wilayah Greter Buenos Aires.
Selain terkenal sebagai tempat kelahiran tokoh terkemuka dunia seperti pemain bola sepak, Christian Daniel Ledesma, antara tarikan utama di bandar Moron ini ialah pusat dataran yang dibina oleh Benoit, Plaza Libertador San Martin dan Muzium Aeronautik Nasional milik Angkatan Udara Argentina.

Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat yang mempunyai nama-nama yang pelik di dunia ini. Pada kami, nama yang pelik ini boleh menjadi tarikan untuk pelancong luar datang berkunjung ke kawasan tersebut dan boleh juga dijadikan bahan lelucon.
Sumber: MSN