Ratu Makan Pisang Guna Garfu, Tidak Mahu Tiru Haiwan

Bahagian atas dan bawah pisang dipotong, kulit dibuka dan isi dipotong kecil-kecil sebelum disuapkan ke mulut. Itulah cara Ratu Elizabeth II makan buah pisang seperti yang didedahkan oleh chef diraja Britain, Darren McGrady.

Darren yang pernah bertugas di Istana Buckingham menghasilkan buku ‘Eating Royally‘ menyatakan bahawa baginda menggunakan pisau dan garfu ketika makan pisang kerana tidak mahu menyerupai seekor monyet. Walaupun merupakan penggemar buah pisang, baginda akan memastikan bahawa makanan kegemarannya dimakan dengan menggunakan peralatan, bukannya tangan.

Ratu Makan Pisang
Sumber: Delish

Caranya yang sopan turut dipersetujui oleh pakar etika, William Hanson. Hal ini berbeza dengan orang kebanyakan yang lebih senang untuk menggunakan tangan. Bukan itu sahaja, Ratu Elizabeth juga bukan merupakan peminat makanan dan lebih menggemari hidangan yang ringkas seperti ikan panggang dan sayur dan mempunyai prinsip ‘tanpa kanji’.

Kebiasaan Ratu Elizabeth ini bukanlah satu-satunya tabiat menarik yang berlaku di dalam kerabat diraja Britain; Putera Charles tidak makan tengah hari tetapi sukakan telur rebus yang dimasak selama 4 minit tepat setiap pagi, Putera Philip gemarkan makanan organik sihat dan Meghan Markle yang terkenal dengan ‘Acai Bowl‘nya.

Menarik sungguh tabiat diraja Britain ini, bukan? Tabiat makan anda sebagai rakyat marhaen ini bagaimana pula? Tetapi buat umat Islam, selagi boleh gunalah tangan, itu kan sunnah.

Sumber: Berita Harian Online