Tuan Di Singapura, Bagasi Di London

Dua landasan yang bercampur menyebabkan hampir berpuluh penumpang pesawat dari Gatwick ke Singapura tiba di Asia Tenggara tanpa bagasi pada 13 November 2018. Pencampuran ini disebabkan oleh penutupan landasan buat sementara waktu untuk aktiviti penyelenggaraan yang bermula 10.30 malam hingga 6 pagi.

Pesawat Norwegian Air yang berlepas sebelum Isnin tengah malam sudah berat dengan muatan minyak untuk perjalanan sejauh 6,744 kilometer. Untuk memenuhi had prestasi dalam tempoh penerbangan 12 jam, kapten kapal telah mengarahkan supaya sebahagian daripada bagasi penumpang dikeluarkan daripada ruang pesawat.

Bagasi Tertinggal Di London

Salah seorang penumpang, Sophie Webb yang terbang ke Singapura untuk memulakan kerja baru terpaksa membeli baju baru kerana semua pakaian miliknya berada di dalam bagasi yang tertinggal tersebut.

Pada mulanya, syarikat penerbangan di London memberitahu penghantaran bagasi milik lebih 70 orang penumpang akan mengambil masa sekitar 5 hari. Namun berubah kepada dua hari daripada tarikh penerbangan tersebut menerusi pesawat Norwegian Air yang seterusnya, iaitu pada 15 November 2018.

Jurucakap syarikat Norwegian Air, telah memohon maaf atas kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh penumpang pesawat mereka. Selain itu, mereka turut berjanji akan menghantar bagasi yang tertinggal di lapangan terbang Gatwick, London kepada tuannya secepat yang mungkin.

Bagasi Tertinggal Di London
Sumber: Airliners.net

Sophie diberitahu supaya menuntut daripada insurans perjalanan untuk perbelanjaan sehingga bagasinya sampai, tetapi syarikat penerbangan menolak untuk bertanggungjawab kerana keadaan yang berada di luar kawalan mereka. Di bawah Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan tidak bertanggungjawab untuk bagasi yang tertinggal sekiranya mereka mengambil langkah yang munasabah untuk mengatasi masalah tersebut.

Situasi tertinggal bagasi bukanlah risiko baru yang perlu dihadapi oleh para penumpang, namun kejadian ini dirasakan tidak munasabah untuk berlaku. Hal ini demikian kerana, pihak pengurusan sudah sedia maklum mengenai bagasi yang dikeluarkan dari perut pesawat dengan arahan kapten kapal.

Apabila kejadian ini berlaku, ianya bukan sahaja menyusahkan para penumpang tetapi juga melambatkan dan menyebabkan urusan mereka tergendala, bukan?

Apa pula kata anda?

Sumber: The Independent