Serangga Bakal Ganti Daging?

Satu kajian yang baru dijalankan di UK menunjukkan bahawa serangga bakal menggantikan daging pada masa akan datang. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Anglia Ruskin melihat kepada 3 perkara.

1. Sejauh mana tabiat makan daging menjadi faktor dalam membentuk identiti individu,
2. persepi awam terhadap perubahan ini,
3. dan protein yang boleh didapati daripada serangga.

Hasil daripada kajian ini mendapati serangga merupakan pilihan yang paling tidak disukai dengan peratus hanya 26% sahaja yang sanggup menjadikan haiwan tersebut sebagai sumber protein alternatif. Hal ini demikian kerana, ‘yuck factor‘ menjadi sebab utama yang membawa kepada peratusan tersebut.

Selain itu, penyelidik kajian ini turut menyatakan bahawa orang awam menolak untuk makan ulat, tetapi hakikatnya serangga lebih banyak dijadikan sebagai tepung dan digunakan untuk membuat kuih dan biskut. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menjangkakan bahawa pada 2050, populasi dunia akan mencecah 9 milion.

Perkara ini akan membawa kepada masalah besar, antaranya ialah kekurangan bahan mentah seperti daging untuk menampung keperluan protein kepada manusia. Oleh itu, Food and Agriculture Organization telah menyediakan penyelesaian; serangga sebagai protein alternatif yang bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga mengandungi lemak yang baik, kadar kasium, zat besi dan zink yang tinggi!

Apa kata anda? Sudah bersedia untuk menggantikan daging yang dimakan sekarang dengan serangga?

Sumber: Malay Mail