Skim Susu Bantu Murid Lebih Sihat

Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan skim yang membekalkan susu kepada murid sekolah rendah dengan melihat kepada keperluan zat dalam proses tumbesaran mereka. Skim yang sudah dijalankan sejak 1983 berjaya menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan kanak-kanak.

Universiti Putra Malaysia mencadangkan agar skim ini tidak terputus daripada hari pertama sehinggalah terakhir persekolahan kerana kajian mereka mendapati bahawa skim susu sekolah memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal murid-murid dari segi peningkatan ketinggian, berat badan dan kepadatan tulang.

BACA: Skim Sarapan Percuma Dan RMT, Apa Masalahnya?

Murid-murid sekolah rendah memerlukan pelbagai zat menerusi makanan yang mereka ambil selain daripada susu sebagai makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi. Skim yang diberikan penjenamaan semula daripada Program Susu Sekolah kepada Program Susu 1Malaysia pada tahun 2010 ini akan memberikan dua kotak susu 200 mililiter secara percuma 2 kali seminggu.

Program Susu Sekolah
Sumber: SK Gong Badak

Menurut pengarang Berita Harian, pengklasifikasian pemberian susu mengikut status murid ini sepatutnya tidak berlaku kerana menurut beliau semua murid wajar menerima bantuan yang sama. Beliau juga berharap agar adanya dasar untuk menentukan jenis susu untuk pelajar; bebas gula dan kaya kalsium serta protein dan bukannya susu berperisa.

Kerajaan juga disarankan agar mendengar cadangan dan kritikan daripada pihak luar termasuklah ibu bapa serta murid demi penambah baikkan skim yang pastinya akan membawa keuntungan kepada negara di masa akan datang.

Apa pendapat anda mengenai skim susu sekolah ini?

Sumber: Berita Harian Online