
Disiplin masa amat diperlukan ketika pergi mengembara ke luar negara. Jika terlewat walaupun sedikit masa, pasti tidak sempat untuk ke destinasi mengikut jadual yang ditetapkan.
Satu lagi kes berkaitan penumpang mengejar pesawat berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menjadi tular di media sosial. Seorang wanita nekad memasuki kawasan landasan gara-gara tertinggal pesawat yang sudah didaftar masuk.
https://www.youtube.com/watch?v=Hp4j7QVDuaY
BACA: Lelaki Kejar Kapal Terbang Selepas Terlewat Tiba Di Lapangan Terbang
Menurut kenyataan, wanita yang dikenali sebagai Hana tidak berputus asa mengejar pesawat Citilink dari Denpasar ke Jakarta itu walaupun sudah lewat menaiki pesawat tersebut. Staf-staf keselamatan terpaksa menahannya walaupun sudah memberi penjelasan.
Sebelum kejadian berlaku, Hana sudah menerima panggilan sebanyak tiga kali namun masih tidak munculkan diri. Selesai pengumuman prosedur penerbangan, pesawat memutuskan bersiap-siap untuk berlepas.
Tiba-tiba Hana muncul dan berusaha menerobos masuk ke kawasan landasan namun sempat ditahan petugas keselamatan. Dikhabarkan, Hana pengsan selepas mengejar penerbangan tersebut.

Situasi akhirnya berjaya dikawal dan dia kemudiannya menaiki pesawat Citilink beberapa jam kemudian. Semoga ia menjadi pengajaran kepada para penumpang supaya peka mengikut perancangan jadual.
Jangan sampai jadi begini pula. Berbahaya!
Sumber: Astro Awani