7 Hutan Menakjubkan Untuk Pencinta Alam. Nombor 5 Paling Aneh

Selain melancong melihat budaya, merasai makanan tempatan sesebuah negara, menjelajah di hutan juga turut menarik dijadikan destinasi pelancongan mesti pergi lebih-lebih lagi bagi golongan pencinta alam.

Tidak ada tempat yang anda boleh merasai panaroma alam semula jadi selain daripada meneroka hutan. Di sini kami senaraikan 7 hutan yang menakjubkan dan unik serta terkenal dengan landskap yang mempesonakan.

1. Tasik Kaindy, Kazakhstan

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: Journal of Nomads

Berada di sini pasti tercengang dengan pemandagan hijau dan air tasik berwarna biru yang mana pada asalnya hutan ini merupakan tapak bekas gempa bumi pada tahun 1911. Akibat daripada gempa bumi yang tercetus itu, ia membentuk sebuah empangan dan menjadikan pokok-pokok pine di situ menjadi kawasan tadahan air hujan.

Air yang sejuk di hutan itu membantu menguatkan akar-akar pokok hidup dalam air. Tasik Kaindy menjadi kawasan menarik untuk penyelam dan menjadi kawasan popular untuk memancing dalam suasana sejuk.

2. Black Forest, Jerman

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: Bavarian Clockworks

Ia merupakan hutan terbesar di Jerman dan tempat pengembaraan filem dongeng Brothers Grimm dengan suasana kehijauan luas mata memandang serta gunung-ganang yang luas. Hutan ini mempunyai pokok-pokok yang mengagumkan dan pastinya menjadi tarikan kepada golongan pencinta alam.

Dikelilingi dengan ladang-ladang anggur, air terjun yang menakjubkan, tasik dan jambatan batu kuno menjadi tarikan untuk menerokai hutan ini. Hutan ini dikatakan sangat indah untuk dikunjungi tidak mengira musim sepanjang tahun.

Patutlah ia menjadi lokasi popular pengembaraan filem barat kerana sangat cantik hutannya.

3. Hutan Buluh Sagano, Jepun

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: Sarah Beekmans

Terletak di jalan Arashiyama, di pinggiran Kyto, Tokyo pastinya dapat dilihat panorama pokok buluh yang meninggi seolah-olah ia mencecah kaki langit. Hutan ini digelar sebagai soundscape yang mengeluarkan bunyi-bunyi berderit ketika pokok-pokok buluh itu berlanggar antara satu sama lain dan menghasilkan deruman angin pastinya membuatkan kita berasa tenang berada di sini.

Bunyi-bunyian yang dihasilkan dalam hutan buluh ini termasuk dalam senarai 100 Soundscapes of Japan.

4. Hallerbos Forest, Belgium

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: We Are On Thegoldenscope

Juga dikenali sebagai “The Blue Forest” kerana warna-warni Bluebells dengan dikelilingi pokok-pokok gergasi Sequioa. Kelihatan seperti permaidani yang dibentangkan di tengah-tengah hutan!

Waktu terbaik untuk menjelajah hutan indah ini sekitar pertengahan April. Kebanyakan pokok-pokok tua di sini telah ditebang oleh orang-orang Jerman ketika Era Perang Dunia Kedua dan kemudiannya ia dipulihara semula sehingga menjadi hutan yang memukau.

5. Crooked Forest, Poland

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: MyBestPlace

Pokok-pokok yang kelihatan membengkok bersesuaian dengan nama hutan itu, terletak di pekan kecil Gryfino. Jika menjejaki di hutan itu, anda dapat melihat pemandangan aneh yang dikelilingi 400 pokok pine membengkok 90 darjah.

Pokok-pokok ini ditanam pada tahun 1930-an namun tidak dapat diketahui bagaimana pokok-pokok itu berbentuk seperti itu. Ada yang mengatakan pokok di hutan ini memang sengaja ditumbuh seperti ini semasa perang dunia kedua dan ditinggalkan begitu sahaja selepas perang.

Ada juga yang mengatakan keadaan pokok berbentuk begitu disebabkan ribut salji yang mendorong batang pokok berkedudukan seperti itu. Tetapi, yang anehnya pokok-pokok ini dikelilingi pokok yang berdiri tegah dan lurus.

6. Avenue of Baobabs, Madagascar

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: Bluelatitudesgroup

Pohon Baobabs tidak seperti pokok-pokok yang biasa kita lihat kerana rupa batang pokok yang sangat besar tetapi memiliki dahan pokok yang kecil seolah-olah ia kelihatan pokok yang tidak seimbang. Juga dikenali sebagai Alley of the Baobabs membawa anda berjalan sambil meneliti pokok-pokok berbentuk aneh ini.

Fakta menarik tentang pokok ini mampu menyimpan 32,000 gelen air yang membantu pokok ini bertahan semasa musim kemarau. Jika anda berdiri disebelah pokok ini, anda kelihatan seperti orang kerdil kerana pokok ini berketinggian 30 meter!

7. Gardens by The Bay, Singapura

7 hutan menakjubkan dunia
Sumber: Pinterest

Kalau tidak mampu mengembara jauh, jangan risau anda masih berpeluang merasai keindahan hutan yang paling dekat iaitu di Singapura. Gardens by The Bay juga boleh dikatakan sebagai hutan untuk masa hadapan kerana lokasinya terletak di kawasan bandar.

Ia juga mungkin menjadi penyelesaian terbaik untuk melindungi hidupan liar dan membantu tumbuhan hidup di kawasan bandar. Hutan ini terdiri daripada 18 struktur berbentuk pokok buatan manusia dengan ketinggian 25 hingga 50 meter.

Selain itu, lebih 162,000 tumbuhan meliputi struktur pokok buatan manusia ini yang hidup pada waktu malam dengan gemerlapan cahaya lampu.

Sumber: The Travel Magazine