Firefly Tangguh Semua Penerbangan Ke Singapura Mulai Awal Bulan Depan

Syarikat penerbangan Malaysia, Firefly akan menangguhkan semua penerbangan ke Singapura berkuatkuasa mulai 1 Disember 2018. Pada hari tersebut jadual penerbangan akan dipindahkan operasinya dari Changi ke Lapangan Terbang Seletar.

https://www.facebook.com/52630456510/posts/10155509155816511/

Berdasarkan notis di laman Facebook Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines itu akan menyambung semula perkhidmatan sebaik sahaja pihak berkuasa selesaikan semua perkara yang berkaitan dengan perpindahan penerbangan ini dari Lapangan Terbang Changi ke Seletar. Walaubagaimanapun, Firefy tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai keputusan penangguhan penerbangan dan masih dalam perbicaraan.

Manakala Changi Airport Group mengumumkan kesemua operasi penerbangan turboprop di Changi akan beralih ke terminal baharu Lapangan Terbang Seletar mulai 1 Disember ini. Lapangan Terbang Seletar juga akan mengendalikan semua penerbangan turboprop yang dijadualkan di Singapura.

firefly tangguh penerbangan singapura
Sumber: Channel NewsAsia

Buat masa ini, hanya syarikat penerbangan Malaysia, Firefly yang beroperasi ke Changi dengan menawarkan 20 penerbangan setiap hari -ke dan dari Subang, Ipoh dan Kuantan. Sementara itu, semua penerbangan yang akan terjejas pada hari tesebut akan dijadualkan semula.

Penumpang yang menggunakan jet peribadi juga akan menggunakan terminal dua tingkat baharu ini dengan mempunyai kawasan menunggu yang boleh menampung sehingga 200 orang, serta halaman taman untuk orang yang menunggu penerbangan.

Terminal baharu itu bakal menampung 700,000 penumpang setahun dengan jangkaan pertumbuhan trafik penumpang pada tahun-tahun akan datang. Ia juga menampilkan kawasan pelepasan dan ketibaan lebih luas yang direka bentuk bagi menguruskan pesawat komersial berjadual.

Sekiranya penerbangan anda juga terjejas dengan penangguhan ini, lawati laman web Firefly atau hubungi talian di +603 7845 4543.

Sumber: The Star