Guna 5 Bahan Dapur Ini Atasi Ketiak Gelap

Semestinya kesan gelap di bahagian ketiak dianggap musuh kepada golongan wanita terutamanya bagi mereka yang gemar mengenakan pakaian tanpa lengan. Apabila ada kesan gelap di situ pastinya akan menurunkan keyakinan diri, bukan?

Maksud ketiak gelap di sini bukanlah disebabkan oleh warna asal kulit berwarna kehitaman tetapi ia merujuk kepada kondisi kulit bawah lengan sedikit kotor dan ‘berkerak’.

Di sini kami beri petua untuk ada cuba supaya tampil lebih yakin. Tidak semestinya untuk mereka yang mengenakan baju tanpa lengan sahaja, mereka berlengan panjang juga harus memastikan penjagaan bahagian ketiak untuk tampil bersih.

1. Cuka Epal Sider

bahan dapur atasi ketiak gelap
Sumber: Stemilt

Anda perlu campurkan dua sudu cuka epal sider dan dua sudu soda penaik dan kacau sehingga berbuih. Setelah buih campuran itu hilang, sapukannya pada bahagian ketiak dan biar seketika.

Kemudian bilas dengan air sejuk dan ulang langkah yang sama tiga kali seminggu.

2. Aloe Vera

bahan dapur atasi ketiak gelap
Sumber: News18

Pelbagai kegunaan dan khasiat aloe vera atau daun lidah buaya ini dengan kehidupan kita selain menjadi pokok hiasan di halaman rumah. Apa yang anda perlu buat, potong aloe vera dan ambil bahagian gelnya.

Sapukan lapisan gel itu di bahagian ketiak dan biarkannya selama 10 ke 15 minit dan kemudian bilas dengan air. Ulang langkah ini selang sehari sehingga nampak perubahan.

3. Serbuk Kunyit

bahan dapur atasi ketiak gelap
Sumber: Keluarga

Kunyit yang digunakan seboleh-bolehnya dari kunyit yang kita tumbuk atau kisar sendiri dan bukan serbuk kunyit dalam paket. Campurkan satu sudu serbuk kunyit, susu segar dan madu dalam satu bekas.

Sapukan campuran itu ke bahagian ketiak dan biarkan ia kering selama 10 minit. Ulang langkah ini dua kali seminggu.

4. Jus Lemon

bahan dapur atasi ketiak gelap
Sumber: Epicurious

Caranya anda perlu hiris sebiji lemon kepada beberapa hirisan tebal dan gosok ke bahagian ketiak selama dua ke tiga minit. Biarkan jus lemon itu selama 10 minit kemudian bilas dengan air.

Ulang langkah ini tiga atau empat kali seminggu. Jangan guna kaedah ini jika anda sensitif dengan bahan asid.

5. Timun

bahan dapur atasi ketiak gelap
Sumber: Natural Food Series

Anda perlu sapukan dua hirisan timun di bahagian ketiak selama satu atau dua minit. Biarkan jus timun itu kering selama 10 minit sebelum membilasnya.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehingga nampak perubahan.

Mudah bukan dengan petua yang dikongsikan? Bahan-bahan di sini bukan sahaja mudah untuk didapati di dapur rumah anda, malah harganya juga berpatutan dan tidak perlu bersusah payah membelanjakan wang yang banyak.

Sumber: M Star