
Setelah larangan merokok dikuatkuasakan disemua premis makanan, netizen juga bersuara untuk bersetuju dengan larangan menghisap rokok elektronik (vape) dan shisha yang mengandungi nikotin dimasukkan sekali dalam peraturan larangan merokok disemua premis makanan.

Peraturan ini akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan. Larangan merokok ini termaktub di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau (PPKHT) 2004 melibatkan rokok dan semua hasil tembakau yang mengandungi nikotin termasuk kedua-dua bahan tersebut.
BACA: Tindakan Berat Jika Merokok Di Premis Makanan Mulai Januari 2019
Peraturan ini tertakluk sekiranya bahan yang terdapat dalam vape dan shisha mempunyai kandungan nikotin atau tidak. Jika kedua-duanya tiada nikotin ia tidak termasuk dalam peraturan larangan tersebut.
Sebelum ini, timbul isu yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa rokok elektronik dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok namun larangan ini diolah semula dengan menguatkuasakan larangan bagi kedua-dua bahan tersebut.
Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Perokok akan ditahan di kawasan larangan, dikenakan denda RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun manakala pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

Susulan daripada isu yang timbul ini, kedua-dua bahan itu juga mempunyai nikotin yang secara tidak langsung turut membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.
Sumber: Astro Awani