Tips Pertama Kali Ke Luar Negara

Jika kalian tak pernah ke keluar negara dan mahu ada pengalaman pertama, guna tips ini:

1. Cari negara yang kalian boleh faham bahasanya. Setiap perjalanan, papan tanda, peta dan tunjuk arah akan memudahkan kalian.

2. Cari juga yang memudahkan kalian makan.

3. Untuk senang, cari penginapan dekat dengan Islamic Centre atau Masjid. Kemungkinan ada makanan halal memang banyak.

4. Bawa pakaian yang perlu sahaja.

5. Elakkan shopping berlebihan. Ia akan buat kalian rugi banyak. Pengunjung kali pertama biasanya sukar nak buat perbandingan dengan kedai-kedai lain.

6. Tak perlu ambil jangka masa yang lama. 3 hingga 4 hari memadai. Ianya hanya untuk beri kalian keberanian kali pertama sahaja.

7. Pergi dengan kawan baik atau mereka yang pernah travel ke luar negara.

Tips Ke Luar Negara
Sumber: Dummy Gallery

8. Bawa makanan dari Malaysia seperti mi segera, sambal, dan sebagainya. Biasanya kali pertama ke luar negara, ‘malas’ nak cari makanan bisa buat gastrik okey.

9. Tukar simcard atau beli nombor baharu di tempat tersebut. Wajib!

10. Rajin-rajin study tempat tersebut sebelum ke luar.

Dan yang paling penting, buat passport, tukar duit dan semak Imigresen punya perlepasan okey!

Selamat mengembara semua!

*Artikel ini disiarkan dengan izin Khairul Hakimin Muhammad. Selain daripada bekerja sebagai seorang penulis di Kumpulan Media Karangkraf, beliau juga merupakan Social Media Marketing Strategist, Brand dan Tech Influencer dan Entrepreneur di The Content Success. Anda boleh ikuti beliau di laman Facebook peribadinya di sini.