Trend Makanan 2019 Menurut Pakar

Para penyelidik makanan Amerika, Sterling-Rice Group (SRG) telah mengeluarkan senarai 10 makanan yang akan menjadi trend pada 2019. Mengangkat tema optimization, SRG ingin mengoptimumkan landskap makanan global dengan bantuan lebih 175 orang pakar makanan, sosiologis, chef, pakar nutrisi dan trend-spotters.

1.Bitter Is Sweet/ Pahit Itu Manis

Selepas kale dan brussel sprout sebagai hidangan sampingan, 2019 dijangkakan akan menjadi tahun popularnya sayur-sayuran lain yang rasanya pahit. Bukan hanya dihidangkan dalam makanan, tetapi sayuran pahit ini turut dicampurkan dalam minuman bersoda serta koktail!

Trend Makanan 2019
Sumber: Cookie + Kate

Makanan ‘pahit’ menurut SNAP! dan Haiku telah meningkat peratusannya sebanyak 22% dalam tempoh masa 4 tahun belakangan ini dan menjangkakan kenaikan lagi sebanyak 18% pada 4 tahun akan datang.

2. Butter Is The New Bacon/ Mentega Pengganti Daging

Sebagai asas hidangan makanan global, mentega bukan hanya digelar sebagai makanan ruji tetapi juga sebagai salah satu bahan wajib dalam setiap hidangan. Kandungan mentega bukan sahaja hanya terdapat dalam hidangan sarapan, donut tetapi juga di dalam secawan kopi!

3. Data Mining Dining/ Galian Data Makanan

Dengan teknologi yang semakin maju, syarikat makanan boleh menyesuaikan hidangan makanan mengikut kehendak pelanggan. Syarikat seperti SpoonShot, Foodpairing dan FlavorWiki menggunakan teknologi untuk merangsang minda pelanggan untuk mencuba dalam mencipta hidangan-hidangan baru melalui atas talian!

Trend Makanan 2019
Sumber: FlavorWiki

4. Fermentation Without The Funk/ Penapaian Tanpa Ragu

Proses tapaian makanan tanpa sedar sebenarnya menjadikan makanan semakin sedap dan menimbulkan rasa ketagihan! Bermula daripada koji Jepun yang me’lemak’kan daging, umami untuk yis berkhasiat sehinggalah tempe sebagai alternatif daging, kesemuanya menggunakan proses tapaian sebagai penaik rasa hidangan.

5. Lettuce Be Fresh/ Salad Segar

Selepas timbul isu salad Romaine yang dijangkiti wabak E.coli di Amerika, masyarakat menjadi prihatin tentanf keselamatan dalam pemilihan makanan. Banyak salad dari spesis eksotik kini mendapat perhatian antaranya ialah celtuce yang sudah digunakan secara meluas dalam hidangan Asia.

BACA: Salad Romaine Risiko Keracunan Makanan

Sumber: Sterling-Rice Group