Makanan Ini Jadi Umpan Kanak-Kanak Nigeria Untuk Divaksin

Kadar kematian di Nigeria akibat wabak seperti yang dilaporkan oleh media saban hari semakin meningkat. Hampir 10,000 orang terkena wabak taun sehingga 2018 dan mencatatkan kematian kira-kira 175 orang!

Ini baru wabak taun, belum lagi melihat angka kes wabak penyakit yang lain. Pada tahun 2003, wabak polio meningkat secara mendadak kerana media masa telah melancarkan boikot kepada vaksin polio disebabkan terdapatnya khabar angin kandungan vaksin mengandungi bahan yang boleh menyebabkan ketidak suburan.

Oleh itu, kerajaan Nigeria mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan UNICEF dalam menyelesaikan masalah wabak polio tersebut dengan ‘mengumpan’ supaya kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan vaksin dengan memberikan sepaket Indomie! Dan cara ini berjaya!

Vaksin Indomie Nigeria
Sumber: Voa Indonesia

Indomie bukan sahaja menjadi kegilaan di Indonesia, tetapi juga terkenal di Nigeria sehingga hampir kesemua daripada mereka mengetahui jenama tersebut dan sekitar 80% penduduk Nigeria pernah makan mi tersebut!

Pemberian sepaket Indomie kepada setiap kanak-kanak adalah bertujuan untuk menggalakkan mereka menerima imunisasi secara sukarela. Taktik ‘umpan’ ini berjaya apabila bilangan vaksin yang diberikan melebihi sasaran harian yang ditetapkan oleh pihak UNICEF.

Pada awalnya, sasaran mereka hanya untuk mengimunisasi 58,813 kanak-kanak tetapi kehadiran ibu bapa untuk sepaket Indomie memang mengejutkan. Ini baru bilangan di wilayah Dange-Shuni, Sokoto, belum lagi di daerah lain.

Melihat kepada kekuatan jenama Indomie di Negeria, UNICEF sepatutnya mengambil pendekatan untuk cuba berkolaborasi dengan pihak Dufil Prima Food demi peningkatan tahap kesihatan dan pengurangan wabak penyakit di Nigeria.

Sumber: Coconuts.co