Menara Condong Pisa Jadi Lebih Tegak

Bangunan yang mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Negara, Menara Condong Pisa telah berjaya ditegakkan sedikit kedudukan menara daripada kedudukan asalnya selepas lebih dua dekad usaha untuk meluruskan menara yang terletak di Itali itu.

menara condong jadi tegak
Sumber: Around The Planet

Menara Condong Pisa yang dibina pada tahun 1173 sebelum mula condong pada tahun 1178 telah perlahan-lahan ditegakkan semula oleh pakar jurutera di sana. Tahukah anda, pada tahun 1990 Menara Condong Pisa telah ditutup untuk lawatan orang awam dan dibuka semula selepas 11 tahun iaitu pada tahun 2011.

Menara 7 tingkat ini ditutup selama 11 tahun atas sebab bimbang menara ini akan runtuh kerana pada masa itu struktur menara tersebut terlebih condong dari kedudukan menegak. Kemudian dibuka semula setelah menara itu kembali tegak sedikit.

Sejak itu, usaha untuk menegakkan menara itu diteruskan untuk mengelak ia runtuh sekurang-kurangnya dalam masa 200 tahun lagi. Walaupun sukar untuk menegakkan Menara Condong Pisa, namun kestabilan dan kekukuhan struktur keseluruhan menara itu perlu diutamakan.

menara condong jadi tegak
Sumber: Forum24

Hingga kini menara yang dibina sebagai menara loceng telah berusia 845 tahun dan menjadi tarikan 5 juta pelancong setiap tahun.

Sumber: The Week