
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan penutupan sementara Jambatan Pulau Pinang pada hari Ahad, 25 November bermula pukul 12:01 tengah malam sehingga jam 10 pagi keesokan harinya. Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018.

Jambatan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa bermula jam berikutnya pada hari sama selepas tamat acara larian yang diadakan setiap tahun itu.
PLUS berkata orang ramai yang perlu keluar-masuk antara kawasan pulau dan tanah besar dinasihati supaya menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi 24 jam atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (jambatan kedua) sebagai laluan alternatif.
Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara pada 25 November 2018 (Ahad) bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari https://t.co/VW0gbnVzEh . Harap maklum 🙂 @MOWorks @LLMrasmi pic.twitter.com/WizNRctK3q
— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) November 21, 2018
Orang ramai juga dinasihati memberi kerjasama mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan PLUS.
Sumber: Utusan Online