Rasai Pengalaman ‘Jet Peribadi’ Dalam Kedai

Di Malaysia anda boleh merasai pengalaman untuk berada dalam kapal terbang sebenar tanpa perlu terbang ke udara; sambil melakukan beberapa aktiviti. Plane In The City yang berlokasi di Bukit Bintang ini menyediakan beberapa perkhidmatan khas untuk mereka yang ‘gayat’ untuk terbang tetapi mahu melihat bagaimana keadaan di dalam pesawat.

Berbeza di Los Angeles, seorang artis dan usahawan telah mereka set yang menyerupai bahagian dalam jet peribadi yang membolehkan orang ramai untuk mengambil gambar dan ‘berangan-angan’ memiliki kehidupan seperti kelas atasan. Projek ini sengaja menggunakan simbol berlebihan yang menjadi trend di Instagram; kolam renang di hotel mewah, kereta berkuasa tinggi dan jet persendirian.

Dengan meletakkan matlamat ‘pengalaman menaiki jet persendirian’ yang tidak boleh dialami oleh semua orang kerana harganya yang mahal, di set ini anda boleh berilusi seperti memiliki kehidupan yang mewah. Sedangkan hakikatnya, anda hanya cuma menggunakan sedikit ruang di dalam sebuah kedai!

Matty Mo mencipta set ini dengan hiasan lengkap kerusi kulit, permaidani mewah dan tingkap pesawat sama seperti di ruang pesawat peribadi yang sebenar! Sudah ramai orang yang datang ke ruangan kedai Fred Segal semasa set ini dilancarkan di situ.

https://www.instagram.com/p/BqYRZrwAz0l/

Matty mengembangkan rekaan set ini di bawah syarikat miliknya sendiri iaitu SelfieCircus memberitahu bahawa projek ini juga merupakan peringatan kepada orang awam supaya jangan tertipu dengan gambar yang dimuat naik di media sosial walaupun ianya kelihatan meyakinkan. Elemen berlebihan dicipta menjadikan orang ramai lebih kreatif untuk mencari pengaruh di media sosial.

https://www.instagram.com/p/BqYQKV7AI_E/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/BqVXBYsBB_3/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/BqYbIgBhWxQ/?utm_source=ig_embed

Buat mereka yang ingin merasai seperti di dalam jet peribadi, sehingga 26 November ini anda bolehlah ke Fred Segal untuk nikmati sendiri pengalaman ini. Untuk lokasi seterusnya, anda bolehlah melawat ke laman ini.

Sumber: Insider