MAS Airlines Ganti Penerbangan Firefly Ke Singapura

Berikutan daripada penangguhan semua penerbangan ke Singapura yang akan berkuat kuasa 1 Disember ini, syarikat Firefly mengumumkan telah berjaya memindahkan kesemua penumpang ke Malaysia Airlines. Penangguhan ini adalah disebabkan oleh pemindahan operasi daripada Changi ke Lapangan Terbang Seletar.

BACA: Firefly Tangguh Semua Penerbangan Ke Singapura Mulai Awal Bulan Depan

Pihak Firefly juga sudah menghantar maklumat itinerari para penumpang yang terbaru dan meminta agar mereka tidak berasa bimbang. Menerusi laman Facebook, Firefly akan menyambung kembali perkhidmatan penerbangan ke Singapura sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

https://www.facebook.com/Firefly/photos/a.82599376510/10155511338381511/?type=3&theater

Untuk para penumpang Firefly yang sudah menempah tiket ke Singapura pada bulan Disember dan masih belum mendapatkan maklumat pindahan itinerari anda, diharapkan bersabar kerana pihak mereka masih dalam proses menghantar maklumat tersebut. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh hubungi pihak Firefly di sini.

Sumber: Astro Awani