Rasai Masakan Melayu Vegan, Pertama Seumpamanya Di Malaysia

Biasa dengar tak tentang diet vegetarian atau cara hidup vegan?

Ringkasnya, beza antara diet vegetarian dan cara hidup vegan adalah seperti berikut:

Diet vegetarian secara umumnya hanya makan makanan berasaskan tumbuhan (plant-based) sahaja. Tapi, ada juga kategori vegetarian yang makan makanan yang dihasilkan oleh haiwan, seperti telur dan keju.

Kebanyakan pengamal diet vegetarian bermula sebab mematuhi ajaran agama, yang melarang berlaku zalim terhadap haiwan.

Vegan pula adalah sejenis diet pemakanan berasaskan tumbuhan (plant-basedplus cara hidup. Selain hanya makan makanan berasaskan tumbuhan, pengamal vegan tidak menggunakan sebarang produk berasaskan haiwan contohnya pakaian dari bulu haiwan. Malah pengamal vegan juga tidak makan madu, yang berasal dari lebah.

Kebanyakan pengamal vegan bermula sebab tidak menyokong sebarang bentuk eksploitasi terhadap haiwan, tetapi ada juga yang menjadi vegan sebab faktor kesihatan contohnya alergik terhadap ayam atau daging.

Berikut perbezaan kedua-duanya dalam bentuk visual, supaya anda mudah faham.

Vegetarian vegan category 1
Kredit: Explore Vegan Dallas

Di Malaysia, diet vegetarian lebih sinonim dengan penganut agama Hindu dan Buddha. Tapi dengan berkembangnya teknologi media sosial, semakin ramai orang termasuk yang beragama Islam mula mencuba diet vegetarian atau cara hidup vegan. Beberapa kajian saintifik juga menunjukkan diet berasaskan tumbuhan adalah bagus untuk pesakit kanser dan mereka yang alergik dengan ayam atau makanan laut.

Kami pernah memakan lauk-pauk vegetarian atau vegan samada di restoran atau yang dipesan secara online. Ada antaranya yang sedap, tetapi ada juga yang tak berapa kena dengan selera. Mungkin sebab menu-menunya banyak yang berasaskan masakan Cina, India atau Barat.

Tapi, kami tak risau lagi kerana sudah ada kafe yang menyajikan masakan Melayu vegan, pertama seumpamanya di Malaysia. Terletak di Chow Kit, kafe bernama La Zat ini menawarkan masakan Melayu vegan  seperti Masak Lemak Cili Api, Rendang, Sambal Goreng, Kuah Lodeh dan Asam Pedas. Kafe ini juga menghidangkan menu seperti Ikan 3 Rasa, Kebab, Tempe dan Otak-otak (Nama glamour di La Zat: Otah Otah).

 

20181119_200125
Menu La Zat

Selain itu, anda juga boleh memesan menu mereka secara online di aplikasi Honest Bee dan Food Panda. Aplikasi KindMeal.my pula membolehkan anda mendapatkan diskaun untuk anda makan di La Zat.

la zat ikan 3 rasa
Ikan 3 Rasa (Kredit: Facebook La Zat)

Jadi, apa tunggu lagi? Cubalah masakan Melayu vegan yang lazat di sini. Kami dah cuba, kebab La Zat memang highly recommended. Tak boleh nak bezakan rasa kebab vegan di sini dengan kebab daging sebenar di tempat lain, memang menepati citarasa kami.

Otah Otah La Zat pula masih perlukan sedikit peningkatan dari segi tekstur, agak lembik untuk kami. Tapi rasanya boleh tahan sedap juga. Kami dah cadangkan supaya pihak La Zat menambahbaik resepi Otah Otah, harapnya ia jadi lebih baik selepas ini.

20181119_201451
Kebab dan Otah Otah La Zat

Asam Pedas pun boleh tahan sedapnya. Kami dah komen kepada staf La Zat supaya tambah ikan vegan supaya ianya lebih sedap dan menarik.

20181119_202347
Asam Pedas La Zat

Oh, kafe La Zat ini konsepnya macam restoran Domino’s Pizza, ya. Ringkas saja konsepnya, dengan staf yang peramah dan berpengetahuan tentang konsep vegan.

Info tentang La Zat:
La Zat
1, Ground Floor
Jalan Chow Kit Kiri, Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-40508816
Email: [email protected]
Laman web: www.lazat.online
FB: La Zat
IG: lazatonline

Kredit: Lazat Online