
Piala AFF (ASEAN Football Federation Championship) yang berlangsung pada 24 November 2018 menyaksikan Malaysia menentang Myanmar di Stadium Bukit Jalilm Kuala lumpur. Rakyat Malaysia tidak kira yang ‘gila’ bola atau pun tidak, semuanya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini sehingga tiket yang terjual dikatakan melebihi 62,307!
Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Najib Razak turut tidak melepaskan peluang untuk menonton Piala AFF ini walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Ahli Parlimen di Pekan Pahang. Namun yang menarik perhatian kami ialah hantaran satu kicauan (tweet) di laman Twitternya semasa menonton; martabak besar dan sedap di Gerai Murtabak Deris.
Siapa suka makan murtabak?
Kalau kebetulan ada yang singgah di Pekan, boleh cuba Gerai Murtabak Deris ini.
Besar dan sedap. pic.twitter.com/wnDQIucU1w
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 24, 2018
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155728377505952/?type=3&theater
Dengan saiz hidangan yang besar, ditambah pula isi yang tebal, martabak ini memang wajib dicuba jika anda berada di Pekan, Pahang! Ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk makan martabak harga mampu milik Pak Deris ini.

Lokasinya yang terletak di belakang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), anda boleh berhubung dengan pemilik kedai ini menerusi laman Facebook di sini untuk maklumat lanjut.
Kalau Dato’ Sri cakap martabak ini sedap, memang sedaplah agaknya. Anda tak nak cuba?