
Ibu bapa berperanan penting dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak. Menjadi tonggak utama dalam keluarga, dua figura ini sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Berbeza dengan yang dihadapi oleh seorang pengguna Facebook, XinTian Chua. Di hantaran media sosial Facebook, beliau meluahkan kekecewaan terhadap sepasang ibu bapa yang membiarkan anak mereka kencing di atas tempat duduk penumpang!
https://www.facebook.com/xintian.chua/posts/10157310388732137/
Yang menambah rasa kesalnya, pasangan tersebut langsung tidak memohon maaf apabila beliau menegur perbuatan mereka. Tambahan pula dengan sikap pasangan terbabit yang seolah tidak merasa perbuatan tersebut salah! Dengan alasan anaknya tidak tahan!
Pihak KTMB sudah mengetahui perkara terbabit dan memuat turun rakaman CCTV kejadian yang berlaku dalam komuter perjalanan Butterworth menuju ke Padang Besar. Xian turut mendapat mesej dari ibu bapa murid berkenaan yang kelihatan marah apabila hantarannya di Facebook mula tular.
Ya, memang budak kecil masih lagi tidak boleh berfikir secara baik. Namun sebagai ibu bapa apa yang kita boleh buat jika berlakunya situasi ini? Kami senaraikan beberapa cadangan dan respon daripada netizen di ruangan komen kepada anda.
Mungkin selepas ini pihak KTMB perlu menambah satu lagi gambar larangan yang baru iaitu larangan untuk membuang air kecil di dalam keretapi. Setiap ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa jika ‘guru kencing berdiri, anak kecing berlari‘.