Ini Antara 5 Tips Makan Roti Tanpa Jadi Gemuk

Umum mengetahui roti merupakan sejenis makanan yang dibuat dengan tepung dan air yang ditapaikan bersama yis. Teksturnya yang lembut, gebu serta rasanya yang enak membuatkan kita ketagih untuk memakannya.

Ketagihan makan roti ini memang membimbangkan, kerana kandungan bahan yang boleh menyebabkan berat badan naik secara mendadak! Di sini kami kongsikan beberapa tips makan roti kepada anda tanpa perlu risau dengan masalah kegemukan.

1. Patuhi nisbah 10:1

Nisbah ini kelihatan seperti mudah namun hakikatnya sukar untuk dipatuhi. Menurut Rabecca Lewis, seorang pakar nutirisi berdaftar di Hello Fresh memberitahu di setiap 10 gram karbohidrat, pastikan ada 1 gram serat.

2. Pilih gandum organik

Pilihan ini adalah bertujuan untuk anda memilih hidangan yang lebih sihat. Gandum organik kurang terdedah dengan semburan racun serangga berbanding dengan tanaman gandum biasa. Persekitaran yang berubah berbeza daripada dahulu menyebabkan racun digunakan untuk menghalang kerosakan pada tanaman.

3. Roti tapaian

Makanan yang melalui proses penapaian bakal menjadi trend pada tahun 2019. Dan kenapa tidak untuk anda cuba tukarkan hidangan roti biasa kepada roti tapaian? Dengan kandungan bakteria sihat, roti tapaian ini membantu untuk anda seimbangkan sistem pencernaan dan metabolisma badan!

Tips Makan Roti
Sumber: Youtube Noerthwest Sourdough

4. Gantikan tepung gandum kepada tepung kelapa

Buat pembuat roti, anda boleh gantikan penggunaan tepung gandum kepada tepung kelapa untuk roti yang lebih sihat! Dengan kandungan karbohidrat yang sedikit, tepung kelapa mempunyai lebih 11 kali ganda kandungan serat yang baik untuk tubuh!

5. Kekacang dan bijian

Makan roti yang kaya dengan kandungan kacang dan bijian memang pakej untuk pelan nutrisi anda. Jika dibandingkan dengan kandungan roti biasa, jenis roti ini lebih mengenyangkan dan menurunkan kadar gula dalam darah. Selain daripada mengelakkan anda makan dengan banyak, roti yang kaya dengan kekacang dan bijian ini akan menghasilkan tekstur roti yang bagus!

Buat ‘penggilai’ roti, anda bolehlah kembali menggilai roti dengan tips-tips diatas. Jom tukar gaya makan roti kita ke arah yang lebih sihat!

Sumber: Eat This, Not That!