Pihak berkuasa Mesir telah mengumumkan pada media penemuan baharu mumia wanita di dalam keranda batu yang belum dibuka di Luxor, Selatan Mesir. Mumia tersebut dikatakan berusia 3,000 tahun dan masih dalam keadaan yang baik.

Keranda batu kuno ini merupakan salah satu daripada dua yang ditemui pada awal bulan November dalam sebuah misi yang dipimpin ahli arkeologi Perancis di Utara El-Asasif. Keranda pertama yang ditemui telah dibuka lebih awal dan diperiksa oleh pegawai antik Mesir.
Keranda batu yang ditemui itu salah satu daripadanya merupakan gaya Rishi iaitu keranda dihiasi dengan rekaan bulu haiwan yang bermula pada dinasti ke-17 dan keranda yang lain dari dinasti ke-18 Mesir Kuno. Makam yang ditemui ini wujud pada abad ke-13 Sebelum Masihi yang mana beberapa firaun terkenal pada abad tersebut seperti Firaun Tutankhamen dan Firaun Ramses II.
Pada hari penemuan itu juga, ahli arkeologi mendedahkan makam pembedahaan pada media yang dikenali sebagai Thaw-Irkhet-if. Makam itu mengandungi lima topeng berwarna dan 1,000 patung Ushabti iaitu patung kecil para hamba untuk menemani firaun kehidupan selepas mati.
Pencarian makam yang mengambil masa selama lima bulan itu menemukan makam yang dihiasi lukisan siling berwarna dengan ukiran gambar pemilik dan keluarga mumia itu.
Orang Mesir Kuno akan memumiakan mayat untuk memelihara tubuh mereka untuk kehidupan selepas mati, manakala haiwan pada zaman itu dimumiakan sebagai upacara keagamaan.

Mesir mendedahkan lebih dari sepuluh penemuan purba sejak awal tahun ini dan berharap penemuan ini ada sinar baharu bagi negara itu serta akan menghidupkan semula minat pelancong ke sana. Dahulunya, Mesir menerima ramai pelancong dari luar negara untuk melihat makam-makam purba dan piramid tetapi semakin berkurangan sejak berlakunya pemberontakan politik pada tahun 2011.
Sumber: The Telegraph