Rumah Reptilia, Inisiatif Zoo Negara

Dijangkakan pada Jun 2019, Zoo Negara akan membuka satu lagi kawasan yang bakal menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke pusat pemeliharaan ini iaitu Rumah Reptilia. Pengarah Zoologi, Hospital Veterinar dan Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata Rumah Reptilia ini meletakkan target untuk menarik lebih 30.000 pengunjung dalam tempoh masa sebulan.

BACA: Mari Selami Kisah Disebalik Keindahan Taman Negara

Dengan keluasan 0.404 hektar, Rumah Reptilia yang kini sudah siap hampir 94% bakal menjadi pusat konservasi reptilia yang paling canggih di dunia jika dinilai dari aspek keluasan, reka bentuk dan jumlah spesimen yang bertambah daripada 18 kepada 36 jenis. Pembinaan rumah ini turut menjadi inisiatif Zoo Negara dalam menambah pendapatan yang diperolehi sekarang iaitu sekitar RM1.2 juta sebulan (bergantung kepada musim).

Zoo Negara turut mengadakan kerjasama dengan zoo di luar negara seperti China, Vietnam dan Singapura sebagai usaha untuk menambah spesis haiwan yang akan dipamerkan. Pihak Zoo Negara turut berharap agar mereka mendapat bantuan daripada kerajaan Malaysia serta kerajaan luar yang terlibat dalam usahanya untuk mendapatkan biawak komodo (Indonesia), beberapa jenis ular dan cicak dari spesis yang berbeza.

Rumah Reptilia
Sumber: Alanqa

Walaupun kos penyelenggaran mencecah angka RM1 juta, haiwan-haiwan di Zoo Negara ini masih lagi dipelihara dengan baik kerana berlakunya pertukaran haiwan dan pinjaman jangka masa pendek atau panjang dengan zoo lain melalui kaedah perolehan spesimen.

BACA: Muzium Negara, Nak Buat Apa Di Sana?

Kalau anda ada anak-anak kecil, zoo memang tempat yang paling sesuai untuk anda bawa mereka supaya dapat mengenali spesis dan jenis haiwan. Rumah reptilia ini dijangkakan dibuka pada pertengahan tahun depan, jadi anda boleh merancang perjalanan cuti dengan lebih awal.

Sumber: Astro Awani