Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melancarkan satu aplikasi untuk orang ramai mendapatkan maklumat harga ikan terkini secara dalam talian. Aplikasi itu dinamakan aplikasi Risikan Harga Ikan dengan bermatlamat untuk membanteras pengambilan keuntungan secara berlebihan oleh orang tengah serta mengawal harga ikan.

Melalui aplikasi yang telah dilancarkan pada 27 November, ia dapat membantu pengguna membuat perbandingan harga bagi 20 spesis ikan terpilih secara harian di 55 pasar borong dan runcit seluruh negara. Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk membandingkan pasar ikan yang menjual harga ikan paling murah berdekatan dengan lokasi anda.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, aplikasi ini dapat memberi jaminan untuk peniaga ikan menjual pada harga yang ditetapkan. Pengguna aplikasi ini juga boleh melaporkan jika ada penipuan harga ikan yang dijual dengan harga mendadak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Anda boleh muat turun aplikasi Risikan Harga Ikan LKIM secara percuma di aplikasi Google Play dan App Store.
Sumber: Sinar Harian